Kredit foto: hanasuva.com
Dek kerana sering ditanyakan soal anak, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta memberitahu beliau sudah berasa bahagia dan gembira dengan tiga orang anaknya yang kini semakin membesar.
Mengakui besar kemungkinan tidah mahu untuk hamil lagi di masa hadapan, Che Ta mengakui ianya disebabkan faktor usia selain ekonomi yang tidak mengizinkan.
Rasanya tidak (untuk hamil lagi). Saya rasa, lagi ramai anak, semakin bertambah tanggungjawab. Sekarang, semuanya memerlukan duit. Jadi, kalau bertambah anak, ia bererti tanggungjawab menjadi semakin besar selain menuntut perhatian sepenuhnya.
Bagi saya, mempunyai tiga anak sudah dikira sangat baik. Aaisyah (Dhia Rana) pun sudah ada dua abang. Niat saya untuk mempunyai anak perempuan juga dimakbulkan Tuhan dengan kelahiran Aaisyah.
Sumber: Berita Harian Online
Tentu ramai peminat Che Ta diluar sana yang hampa mendengar kenyataan ini bukan?