Al-quran merupakan kitab suci yang menjadi pedoman hidup oleh muslimin muslimat diseluruh pelusuk dunia. Malah, kanak-kanak seawal usia 2-3 tahun juga telah diajar untuk mengenal dan memahami kandungan al-quran serta kisah dan pengajaran yang diceritakan didalamnya. Namun sejauh manakah pengetahuan kita mengenai pencetakan al-quran pada zaman moden hari ini?

Pencetak al-quran terbesar di dunia terletak di Madinah Al-Munawwarah

BESARKAN TEKS     A-  A+

Madinah Al-Munawwarah bukan lagi tempat asing dalam kalangan umat Islam. Malah, ia merupakan tempat ziarah bagi setiap jemaah haji dan umrah. Selain itu, kota suci kedua umat islam ini jugalah mempunyai sebuah gedung pencetakan Al-Quran terbesar dalam dunia yang dikenali sebagai Majma Malik Fahd Li Thibaah Mushaf Syarif, atau King Fadh Complex for Printing The Holy Quran.

Mengikut anggaran kasar, setiap tahun kompleks ini menghasilkan sebanyak lebih kurang 30 million cetakan Al-Quran, terjemahan Al-Quran dalam 40 bahasa, serta buku-buku agama secara berterusan, tanpa henti.

Al-Quran yang dicetak pula kemudiannya akan diedarkan ke masjid-masjid besar di serata dunia, termasuklah Masjidil Haram di Mekah dan Masjid An-Nabawi di Madinah.

Selain itu, kompleks ini juga mengedarkan terjemahan-terjemahan Al-Quran yang telah disemak dengan teliti oleh sekumpulan mufti, ulama’ serta cendekiawan yang arif kepada kedutaan, universiti, dan sekolah-sekolah di serata dunia. Kebiasaannya, kitab serta salinan Al-Quran diedarkan secara percuma bertujuan untuk menyebarkan dakwah serta ajaran Islam yang benar.

contoh mushaf madinah terbitan kong fadh complex

Kebanyakan Al-Quran yang dicetak disini dikenali sebahai ‘Mushaf Madinah’. Mushaf ini pada asalnya ditulis oleh seorang jurukhat Syria yang bernama Uthman Taha. Beliau telah bekerja di kompleks ini selama dua dekad dan tulisan tangan beliau menjadi pilihan kerana ianya jelas dan mudah dibaca. Tulisan khat beliau kemudiannya di imbas secara high resolution dan dicetak menjadi kitab Al-Quran Mushaf Madinah yang terdapat pada hari ini.

Selain mencetak Al-Quran secara hardcopy, kompleks ini juga menghasilkan laman web yang menyediakan Al-Quran secara digital. Di laman web rasmi kompleks ini turut disedikan forum kepada jurukhat Al-Quran serta Al-Quran versi bahasa isyarat.

Selain itu, kompleks ini turue menyumbang dana dalam penyelidikan Al-Quran. Hasil penyelidikan tersebut kemudiannya dicetak dalam sebuah jurnal yang digelar sebagai Journal of Quranic Research and Studies.

Selain pencetakan kitab suci umat Islam, Kompleks King Fadh turut mencetak buku-buku berkaitan hadis, eksegesis Al-Quran, serta sejarah ketamadunan islam. Akhir sekali, servis pemeliharaan manuskip lama turut disediakan agar manuskrip Al-Quran lama pada zaman pemerintahan khalifah islam misalnya tidak pupus ditelan masa.

Malaysia merupakan pencetak kedua terbesar dalam dunia selepas Madinah

helain mukasurat al quran yang dicetak kosmo

Selain MAdinah Al-Munawwarah, tempat terbesar kedua yang mengeluar serta mencetak kitab suci umat islam ini ialah tanah air kita, Malaysia. Kilang tersebut diberi nama Kompleks Nasyrul Quran dan ia terletak di Presint 14, Putrajaya.

Walaupun baru dirasmikan oleh bekas timbalan perdana menteri pada Majlis Pelancaran Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2017, berbekalkan mesin-mesin yang berkualiti serta diimport dari negara-negara maju, kompleks ini telah berjaya menghasilkan sebanyak 1 juta naskhah Al-Quran setahun.

Dianggarkan sebanyak 70 peratus daripada Al-Quran yang dicetak diedarkan kepada rakyat Malaysia. Berbaki lagi 30 peratus pula diwakafkan kepada negara-negara minoriti islam.

kilang percetakan al quranul karim 433

Seperti Kompleks King Fadh di Madinah, kompleks ini juga merupakan sebuah projek dibawah naugan kerajaan Malaysia serta kerjasama daripada Yayasan Restu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri serta Perbadanan Putrajaya (PPj).

Selain itu, kompleks Nasydul Quran turut menjadi pusat penyelidikan, pentafsiran, penterjemahan dalm pelbagai bahasa, penerbitan serta pengagihan Al-Quran. Selain Al-Quran, buku seperti Surah Yassin dan doa-doa terpilih turut dihasilkan.

Kompleks ini turut menjadi salah satu lokasi bahru pelancongan islamik di Malaysia. Pengunjung yang datang ke sini akan diterangkan tentang 10 langkah penting dalam pencetakan Al-Quran di kilang tersebut; berpeluang untuk melihat sendiri Al-Quran Mushaf Malaysia Taba’ah Ain At-Taqwa, sebuah Al-Quran bertulisan tangan ekslusif yang mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan; serta menerima sebuah AL-Quran percuma bagi pengunjung berkumpulan.

percetakan quran terbesar di malaysia

Menjadi pengeluar Al-Quran kedua terbesar di dunia merupakan sebuah tanggungjawab yang berat. Elemen kebersihan serta kesucian setiap Al-Quran harus diutamakan. Setiap pekerja perlu berwudhuk sekiranya ingin memasuki kawasan kilang. Pertuturan serta tingkah laku juga dipantau dan perlu dijaga bagi menghormati adab dengan kalam suci ini.

Seterusnya, pekerja tidak kira pangkat tinggi atau rendah diharuskan untuk solat dhuha berjemaah bersama-sama; tiada perbezaan pangkat diambil kira dalam saf solat berjemaah. Selain adab dan tataterbi pekerja, ejaan, baris dan maksud Al-Quran juga akan disemak sebanyak 3 kali oleh kakitangan yang bertaulah dalam ilmu Al-Quran. Kebanyakan pekerja tetap di kompleks ini juga merupakan pelajar lulusan tahfiz.

Kesimpulan

DIsebabkan Al-Quran merupakan salah satu kebiasaan dalam amal ibadat umat Islam, kadangkala kita terlepas pandang mengenai latar belakang disebalik pencetakan kitab tersebut. Siapa sangka yang selama ini negara kita merupakan salah satu pencetak Al-Quran terbesar dalam dunia, bukan? Semoga negara kita terus menjadi salah satu penyumbang dalam menyebarkan Al-Quran tulen kepada umat islam diserata dunia.

Sumber:




Hakcipta iluminasi.com (2017)