Konsep kapal selam dapat dikesan pada abad kelima semasa pengepungan Syracuse (415 - 413 SM).

Kapal selam yang pertama di dunia dihasilkan untuk Tentera Laut Perancis dan mula berkhidmat pada tahun 1863.

Kapal selam yang diberi nama Plongeur itu dilengkapi dengan enjin salingan dan dikuasakan oleh udara termampat dari 23 buah tangki.

Ia tidak sesuai dan berkesan untuk digunakan sebagai kapal selam tempur kerana sangat perlahan dan memiliki daya tahan yang lemah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kru kapal selam

Teknologi hari ini yang sangat canggih membuatkan kapal selam moden mampu melancarkan peluru berpandu nuklear dan biasa terhadap kapal-kapal dan sasaran darat.

Kapal selam moden digunakan untuk pencegahan dan serangan.

Terdapat tiga kategori kapal selam iaitu kapal selam peluru berpandu pelayaran, kapal selam serangan, dan kapal selam peluru berpandu balistik.

Kapal-kapal ini mempunyai dua jenis kuasa iaitu tenaga nuklear atau diesel. iluminasi.com kongsikan 5 negara dengan jumlah kapal selam paling banyak di dunia.

5. Iran

kapal selam milik iran

Kedua-dua cawangan Tentera Laut Iran iaitu Tentera Laut Republik Islam Iran dan Tentera Laut Pengawal Revolusi Islam, mengendalikan angkatan laut yang terdiri daripada 34 buah kapal selam.

Namun begitu, Iran masih belum memiliki kapal selam nuklear ketika ini.

Daripada 34 unit tersebut, 27 daripadanya adalah kapal selam mini (SSM) dan 7 lagi adalah kapal selam penyerang diesel-elektrik (SSK).

kapal selam iran

Pada Januari 2018 Tehran memaklumkan pengawas nuklear PBB iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), bahawa ia berhasrat untuk "membina kapal selam berkuasakan nuklear" pada masa akan datang.

Ketika ini, Iran mempunyai industri pembinaan kapal selam tempatan dan telah melancarkan beberapa kapal selam berturut-turut.

Tetapi tahap teknologi yang dipaparkan negara ni jauh di belakang banyak negara lain dan sukar untuk menggambarkan untuk Iran memiliki kapal selam berkuasa nuklear Iran tidak lama lagi.

4. Rusia 

rusia kapal selam paling banyak

Di kedudukan keempat adalah antara negara terkuat di dunia iaitu Rusia, dengan 61 unit kapal selam.

Armada kapal selam Rusia terdiri daripada kapal selam penyerang, kapal selam peluru berpandu balistik dan kapal selam peluru berpandu pelayaran.

Daripada jumlah keseluruhan, 39 unit kapal selam dikuasakan oleh nuklear dan 22 lagi dikuasakan oleh diesel.

kapal selam rusia

Rusia sedang dalam proses menggunapakai dan menyepadukan teknologi moden dalam armadanya untuk menentang NATO.

Pada tahun 2017, kerajaan Rusia melancarkan Kelas Yasen, yang merupakan kapal selam berkuasa nuklear yang paling berkuasa dalam Tentera Laut Rusia dan di dunia.

3. Amerika Syarikat

kapal selam amerika syarikat

Satu ketika dahulu merupakan pemimpin dari segi jumlah kapal selam, Amerika Syarikat kini berada di kedudukan ketiga dengan 72 unit kapal selam dalam armadanya.

Namun, apa yang memberikan kelebihan kepada armada kapal selam AS adalah kesemuanya dikuasakan oleh nuklear.

Malah, setiap kapal ini boleh bertahan di laut selama lebih daripada 25 tahun dengan penambahan semula rizab makanan dalam satu-satu masa.

Negara ini memiliki kapal selam peluru berpandu pelayaran, kapal selam penyerang dan kapal selam balistik dengan kemampuan melancarkan senjata nuklear di mana sahaja di dunia.

kapal selam nuklear amerika syarikat 172

Amerika Syarikat kini mempunyai kapal selam kelas Virginia sebanyak 17 unit, yang dikatakan untuk mengatasi pengaruh Tentera Laut China di Pasifik yang semakin kuat.

Ia merancangan untuk memiliki 66 buah unit kapal selam ini, dengan 11 unit sedang dalam pembangunan.

Setiap satu kapal selam yang dikatakan antara paling kuat di dunia ini dihasilkan pada kadar 1 unit dalam 2 tahun dan menelan kos antara RM11.4 bilion dan RM13 bilion.

2. China

kapal selam milik tentera china

Negara dengan kekuatan tentera terbesar di atas muka Bumi ini juga mempunyai jumlah kapal selam yang sangat tinggi.

Ketika ini, sumber melaporkan bahawa Angkatan Laut Kapal Selam Tentera Pembebasan Rakyat China adalah kedua yang terbanyak dengan 76 unit.

Tentera Laut China telah melabur sejumlah besar wang dalam tempoh 40 tahun yang lalu untuk mengembangkan armada kapal selamnya.

Walau bagaimanapun, banyak daripada kapal selam China adalah reka bentuk kuno. Malah kapal selam nuklear China yang lebih baru adalah jauh lebih rendah daripada reka bentuk Rusia atau Barat.

kapal selam china

Kebangkitan pengaruh China di Pasifik mengancam penguasaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya ketika mana negara dengan penduduk teramai di dunia terus mengembangkan artileri canggih.

Pada 2015 China melancarkan tiga kapal selam berkuasa nuklear yang dikatakan sama ada jenis 094 atau 093.

China juga mempunyai kapal selam kelas Jenis 032 "Qing", sebuah kapal selam elektrik diesel yang ketika ini digunakan untuk ujian peluru berpandu oleh Tentera Laut Pembebasan Rakyat.

Jenis 032 dikatakan sebagai kapal selam konvensional terbesar di dunia, dengan anjakan tenggelam seberat 6,628 tan dan panjang 93 meter.

1. Korea Utara

kim jong un dalam kapal selam korea utara

Dari segi kuantiti, Korea Utara adalah negara yang memiliki kapal selam paling banyak di dunia iaitu sebanyak 86 unit.

Namun, ini tidak menjamin kekuatan angkatan laut mereka kerana kebanyakan daripadanya iaitu sekitar 70 unit adalah kapal selam kerdil dan kapal penyerang diesel kuno iaitu kelas Yono dan kelas Sang-O.

Selain itu, jumlah itu juga merangkumi 20 unit kapal selam kelas Romeo.  Romeo-class submarines,

Walaupun kurang hebat daripada kapal selam yang dimiliki oleh Amerika Syarikat dan Rusia, namun apa yang dimiliki oleh Korea Utara masih tetap berbahaya di mana mereka membuktikannya dengan mengenggelamkam sebuah kapal perang milik Korea Selatan.

ujian peluru berpandu balisitk oleh kapal selam milik korea utara pada tahun 2016

(Ujian peluru berpandu balisitk oleh kapal selam milik Korea Utara pada tahun 2016)

Akan tetapi, kapal-kapal selam Korea Utara bukanlah kapal jarak jauh dan kebanyakannya tidak mempunyai apa-apa tujuan selain daripada pengintipan dan pertahanan pantai.

Pada tahun 2014, Korea Utara melancarkan kapal selam peluru berpandu pertamanya. Kapal selam ini hanya membawa satu peluru berpandu dan dilihatkan sebagai platform ujian.

Kapal selam baru ini mempunyai ruang untuk tiga peluru berpandu, menunjukkan ia mempunyai peranan operasi dan sangat meningkatkan peluang peluru berpandunya menembusi sebarang pertahanan.

Pada Ogos 2016, kapal selam kelas Gorae seberat 1,650 tan telah melakukan ujian pelancaran peluru berpandu balistik pertamanya menggunakan peluru berpandu Pukkuksong-1.

Rujukan:

1. National Interest

2. Forbes

3. Global Fire Power

4. Popular Mechanics




Hakcipta iluminasi.com (2017)