Kredit foto: Utusan Online 

Pelawak Fad Bocey berkongsi berita buruk tentang nasib yang melanda isterinya, Nur Syahirah A. Rahman atau mesra dipanggil Syeera.

Menurut Fad, Syeera mengalami demam panas dan terpaksa meraikan Aidilfitri di wad hospital.

Beberapa keping foto mereka di wad dikongsi oleh pasangan terbabit dalam akaun Instagram masing-masing. 

"Hari kedua dengan baju raya saya," ujar Fad dalam salah sebuah kiriman. 

Dalam foto-foto tersebut, kelihatan Syeera terbaring lemah di atas katil sambil mengenakan sarung kaki.

Fad turut memohon doa agar isteri kesayangannya itu diberi kesembuhan dengan segera. 

fad bocey terima dugaan hasrat beraya bertukar kenangan pahit 2

Kredit foto: Instagram Fad Bocey

Raya kedua kami di sini, cepatlah sihat ya mama.

Menerusi ruangan komen, netizen melahirkan simpati dan berharap kesihatan Syeera akan beransur pulih.

Isteri Fad kini dirawat di wad Hospital Pakar Regency, Johor Bahru.




Hakcipta iluminasi.com (2017)