Kredit foto: Instagram Fad Bocey

Pelawak Fad Bocey menyambut kelahiran cahaya mata ketiga, berjantina perempuan awal pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikannya menerusi laman Instagram, @fadbocey.

fad bocey dapat anak ketiga 2

Kredit foto: Instagram Fad Bocey

"Bismillahirahmanirrohim. Syukur alhamdulillah pada tanggal 19 November, hari Ahad yang bahagia ini, tepat jam 6.57 pagi kami selamat menyambut puteri kami," tulis Fad.

Di kesempatan itu, Fad merakamkan penghargaan kepada isterinya, Nur Syahirah Abdul Rahman, sambil melahirkan rasa teruja dengan kelahiran puteri sulung itu yang disifatkan mampu menjadi teman buat Syahirah.

"Yeay, mama dah ada kawan! Terima kasih mama, sayang awak sangat @syaheeraarahman," katanya.

fad bocey dapat anak ketiga 3

Kredit foto: Instagram Fad Bocey

Sehingga kini, perkongsian itu telah meraih lebih 126 ribu tanda suka dan 2,000 komen.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah, di samping mendoakan kesihatan Syahirah bersama bayinya.

Terdahulu, pasangan ini dikurniakan anak lelaki kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan pada 11 Disember 2015.




Hakcipta iluminasi.com (2017)