Kredit foto: Instagram Betty Rahmad

Aktres Betty Rahmad, 35, akan bernikah dalam tempoh terdekat.

Dua hari lalu, acara malam berinai Betty dan jejaka pilihannya, Ardy Damis, 30, diadakan di kediaman keluarga beliau.

Majlis yang membawa tema Saloma P. Ramlee itu turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan selebriti seperti Nora Danish, Liyana Jasmay, Bella Dally, Intan Ladyana, Uqasha, Nelydia dan ramai lagi.

betty rahmad adakan malam berinai 2

Kredit foto: Instagram Betty Rahmad

Betty memukau menerusi persalinan kebaya tradisional berwarna coklat hasil rekaan pereka fesyen tersohor, Salikin Sidek.

Terdahulu, kakak pelakon tersebut, Erma Fatima dan Umie Aida memuat naik beberapa kiriman foto acara bersiram Betty dan Ardy di laman Instagram disertakan kapsyen menarik berkaitan perkahwinan.

betty rahmad adakan malam berinai 3

Kredit foto: Instagram Umie Aida

Pasangan ini terlebih dahulu bertunang pada Oktober lalu selepas berkenalan lebih empat tahun.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)