punca elyana ulang alik ke jakarta terjawab 1

Kredit foto: gempak.org & Beautifulnara

Memegang pendirian 'tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati', suami penyanyi Elyana, Khairul Anuar Hussin tidak pernah putus tekad untuk menyembuhkan barah limfoma yang dihidapi isterinya.

Selama lima tahun mereka mencari penawar dan ikhtiar untuk merawat sekaligus mencegah sel-sel kanser itu daripada menular.

"5 tahun berperang dengan penyakit kanser, bercerita, bertanya dan berkongsi segalanya tentang penyakit itu rasanya seperti pakar kanser pula.

"Selain kemoterapi, pelbagai ubat-ubatan sudah kami cuba. Sebut sahaja jenis ubatnya, semua pernah Elyana telan.

"Ramai yang menyarankan Elyana cuba pelbagai rawatan namun pendek katanya hampir 90 peratus sudah kami buat.

"Berubat secara moden, berjumpa doktor pun sudah. Berjumpa ustaz, berubat secara tradisional pun sudah, makan jamu pun sudah.

"Malah, sebelum bermula Gegar Vaganza 4 (GV4) pun kami sekeluarga ke Jakarta, Indonesia untuk berubat dengan seorang pengamal perubatan berpangkat Ketua Doktor Angkatan Tentera di sana dengan kaedah jamu.

"Katanya, mengamalkan perubatan jamu mungkin makan masa dan ada banyak pantang larang daripada segi makanan, namun apa salahnya kami berikhtiar," kongsi Khairul dalam kenyataan kepada portal Astro Gempak.

punca elyana ulang alik ke jakarta terjawab 2

Kredit foto: Astro Gempak

Ia sekaligus menjawab spekulasi buruk tentang pemergian ulang-alik Elyana ke kepulauan maritim itu. 

Khairul menambah, tekanan juga menjadi faktor sel-sel kanser dalam tubuh Elyana pantas membiak.

"Selepas dia membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan kemoterapi, saya lihat dia lebih berkeyakinan dan gembira apabila mendapat semula dirinya yang dulu," katanya lagi.

Elyana disahkan menghidap kanser limfoma tahap dua pada tahun 2012 selepas kelahiran anak sulungnya, Cinta Sumayyah.

Pada awal tahun ini, kanser limfoma itu berada di tahap empat, malah telah menyerang paru-paru dan tulang badannya.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)