Kredit foto: The Malay Mail Online
Meskipun mempunyai disleksia (masalah gangguan pembelajaran), pelakon Muhammad Ariff atau dikenali ramai sebagai Buntat tidak pernah menganggap masalah tersebut sebagai penghalang dirinya untuk berjaya.
Kata Ariff, dalam usia yang muda ini dia akan terus mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.
Kredit foto: says.com
Meskipun saya mempunyai disleksia namun masalah tersebut bukan halangan bagi saya bergelar sebagai seorang pelakon yang mampu untuk membawakan pelbagai watak. Bagi watak apa pun boleh dan saya akan cuba untuk membawakannya dengan baik. Watak budak jahat atau budak yang kena buli pun boleh. Saya seronok berlakon sebab ada cikgu yang ajar bagaimana untuk membawakan sesuatu watak dengan baik dan dia ada bersama saya ketika pengambaran. Ini kerana lakonan merupakan minat saya dan berharap agar akan menerima lebih banyak tawaran supaya bakat yang ada ini tidak akan disia-siakan.
Sumber: Astro Gempak
Filem sulung Ariff berjudul Jibam bakal menjengah pawagam sekitar September depan.
Terdahulu, Ariff mencetuskan fenomena di kalangan peminat drama melayu menerusi watak Buntat dalam drama rantaian 7 Hari Mencintaiku.
Kredit foto: ciksepet.com