Artikel ini ditulis oleh Dr. Rafidah Abdullah di laman Facebook milik beliau dan diolah oleh penulis sendiri. Beliau merupakan seorang Nephorolist iaitu doktor pakar khusus dalam penjagaan dan merawat penyakit buah pinggang.

Percaya sangat suplemen untuk sakit lutut, tak pasal-pasal leher di tebuk !

Cerita ini berkenaan dengan seorang makcik yang berumur 65 tahun. Menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi beberapa tahun tapi masih stabil. Beliau dah sakit lutut 3 bulan tapi tak pernah buat X-Ray atau jumpa dengan doktor, apatah lagi dengan pakar Ortopedik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Makcik ini buat keputusan untuk ambil suplemen saja. Si suami pun belikan P****A. Dalam iklan cakap jus delima dan dicampurkan dengan bahan lain, bagus untuk 1001 penyakit. Kata makcik tu, ia serasi dengan badannya, dah boleh jalan lepas tu, tapi, tak lama lepas tu, dah tak boleh jalan. Dalaman makcik tu jadi rosak, dan mula rasa penat, akhirnya sesak nafas.

Dikejarkan ke hospital

Dimasukkan ke hopital, pada mulanya;

Bacaan urea 38 (normal : bawah ~ 7)

Bacaan creatinine> 700 umol/L (normal < 100)

200806fig4b

Buah pinggang rosak! Jadi leher makcik ini terpaksa ditebuk untuk dimasukkan tiub, bagi membolehkan proses dialisis. Untuk pengetahuan, prosedur seperti ini berisiko tinggi.

dialisis

Makcik terus menyesal, dan baru-baru ini jumpa balik dengannya di klinik. Alhamdulillah, nasib beliau baik, sebahagian daripada fungsi buah pinggangnya dah pulih dan tak perlu dialisis lagi. Beliau berasa sangat lega bila saya beritahu yang tiub di lehernya tu dah boleh buang. Bacaan creatinine pun dah turun ke 238 umol/L, walaupun masih tak normal, tapi kalau dijaga dengan baik, boleh lambatkan proses dialisis seumur hidup.

Nasihat saya:

1. Kalau rasa sakit lutut, tolong jumpa Doktor. Pergi X-Ray dan jika perlu rujuk ke pakar Ortopedik, sila buat. Jangan suka-suka hati ambil ubat sendiri. Painkiller kalau diambil dalam jangka masa yang lama juga boleh rosakkan organ, terutama buah pinggang. Kalau suplemen, lagi lah cepat.🙏

2. Jangan berani ambil suplemen tanpa nasihat doktor. JANGAN tanya jurujual atau bulat-bulat percaya pada testimoni. Jumpa doktor yang merawat anda. Dan tanya diri dulu:

Perlu kah supplemen?

Kalau ambil, apa risikonya?

3. Kalau tiba-tiba jadi kegagalan buah pinggang (acute kidney failure), biasanya fungsi buah pinggang masih boleh pulih sedikit. Bincang betul-betul dengan doktor yang merawat kerana semua orang tak sama. Kalau doktor cadangkan buat ujian lanjut, jangan tangguh, buat cepat-cepat.

4. Kalau ada sakit buah pinggang kronin, tolong dengan baik-baik cadangan doktor. Kalau nak lambatkan keadaan anda sampai tahap perlu buat dialisis, JANGAN SENTUH LANGSUNG :

  • SUPLEMEN
  • PIL
  • SERBUK
  • HERBA
  • TEH KOPI CAMPURAN
  • SEMBUR-SEMBUR

Kalau anda ambil juga, lagi segeralah anda kena pergi dialisis. Anda ingat ambil yang di atas ni melambatkan dialisis, tapi mempercepatkan lagi.

5. Kalau rasa nak ambil pati atau jus delima ke, beli buah delima di pasaraya, sangat berkhasiat. Buat dan bancuh sendiri.

Jimat duit, kesihatan pun terjaga Insyaallah.

Penulisan asal: 

Rafidah Abdullah - Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang




Hakcipta iluminasi.com (2017)