Oleh pada 09 Apr 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @__iiiintan.saleh

Minggu lalu, bekas isteri Ude Wahid, Intan Liana Saleh telah dijemput sebagai tetamu jemputan di rancangan hiburan MeleTOP.

Namun, ramai yang mempertikaikan kemunculannya memandangkan dia bukanlah seorang selebriti yang terlibat dalam dunia hiburan.

Menerusi Instagram baru-baru ini, Intan telah membuat kenyataan balas terhadap isu tersebut.

  

"Ada yang cakap apa kena mengena panggil Intan di Meletop. Intan pun tak tahu kenapa. Banyak kali juga dipersoalkan kenapa nak Intan datang ke set.

"Beberapa kali juga Intan tolak. Akhirnya akur juga, sudah tiada alasan. Orang jemput kita datang. Bukan untuk memburukkan atau bergaduh ya tak?

dikritik jadi tetamu meletop ini respon intan liana 1 547

Kredit foto: Instagram @__iiiintan.saleh

"Maaf ada yang tak senang. Intan bukan siapa-siapa. Hanya insan yang baru nak mencari rezeki dan ini peluang yang datang. Intan terima.

"Terima kasih juga pada yang mendoakan dan sentiasa sokong Intan. Sayang banyak-banyak. Intan pun doakan semua bahagia dengan kehidupan masing-masing. Niat kita hanya kita dan Allah yang tahu bukan?," tulisnya.

dikritik jadi tetamu meletop ini respon intan liana 2

Kredit foto: Instagram @__iiiintan.saleh

Ramai netizen yang mengagumi ketabahan Intan sebagai seorang ibu tunggal dan surirumah yang kini bergelar model. 

Sumber:

1. Beautifulnara

2. Instagram Intan Saleh

3. Forum CARI




Hakcipta iluminasi.com (2017)