ini kenyataan rasmi sufian suhaimi atas tuduhan ganggu isteri orang

Kredit foto: era.fm & Twitter.com/haziqrefff

Selepas pelakon Shukri Yahaya, kini giliran Sufian Suhaimi pula menerima nasib yang sama apabila sepasang suami isteri membuat pendedahan yang mendakwa penyanyi itu mengganggu isterinya menerusi aplikasi lama sembang, Bigo Live.

Namun, Sufian dikhabarkan telah membuat sebuah laporan polis bagi mempertahankan dirinya supaya tidak dikaitkan lagi dengan tuduhan tersebut.

Sejurus perkara itu tersebar luas di Twitter saya terus buat laporan polis sebagai salah satu langkah keselamatan diri saya. Laporan itu juga dibuat bagi memberitahu saya tidak bersalah dan difitnah selain berada di pihak benar.

Apa yang saya lihat pendedahan itu seperti jadi trend pulak dengan modus operandi sama berlaku kepada Shukri Yahaya. Ia membimbangkan kerana ia boleh berlaku kepada siapa sahaja demi kepentingan peribadi.

Apa yang diperkatakan sama sekali tidak benar dan saya sendiri sebenarnya terkejut apabila membacanya dan terus membuat laporan polis.

Sumber: mStar Online

Sebelum ini, suami kepada wanita yang didakwa cuba digoda oleh Sufian telah mendedahkan perbualannya berserta beberapa keping gambar dan paparan skrin video penyanyi itu.

Lebih mengejutkan, lelaki terbabit juga berani untuk berjumpa dengan Sufian sendiri atas tuduhan berkenaan.

Sumber berita: rotikaya.com


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)