foto foto sweet sekitar bulan madu ude dan izreen azminda di bali

Kredit foto: Instagram Ude Wahid

Pasangan selebriti sensasi, aktres Izreen Azminda dan suaminya, pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude telah berbulan madu di Bali, Indonesia, beberapa hari lalu.

Dalam beberapa kiriman di akaun Instagram masing-masing, pasangan ini berkongsi momen-momen menarik sepanjang berada di pulau pelancongan popular itu.

Bukan sahaja memuat naik swafoto romantis bersama, malah foto panorama indah di sekitar Bali turut dirakam khas untuk tatapan peminat.

Kredit foto: Instagram Izreen Azminda & Instagram Ude Wahid

Izreen mendirikan rumah tangga dengan Ude dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung pada 8 Ogos 2017.

Ude terlebih dahulu berkahwin dengan Intan Liana Saleh pada 2013 sebelum bercerai pada 22 Mac lalu. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri, 1.

Sementara itu, Izreen melalui perkahwinan pertamanya bersama Muhammad Riza Baharuddin pada 2012, mempunyai seorang anak iaitu Muhammad Adrian Umar, 4, sebelum bercerai pada Jun 2014.


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)