Oleh pada 01 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Astro Gempak

Mendapat tahu seorang aktres popular menjadi madunya, isteri kepada pemuzik rancangan realiti Gegar Vaganza yang dikenali sebagai Uda, akur dengan berita itu.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Intan, mendakwa hanya mengetahui hal itu pada dua minggu lalu sekaligus pasrah dengan pilihan suaminya yang mahu berpoligami.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri.

"Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah dientukan,” kata Intan.

Pendedahan tersebut dibuat dalam temubual secara langsung bersama sebuah portal berita pada Khamis.

Intan dan Uda mendirikan rumah tangga selama empat tahun dan sehingga kini dikurniakan dua cahaya mata, masing-masing berumur tiga tahun dan 11 bulan.

Sementara itu, Intan beranggapan kekurangan dirinya sebagai isteri barangkali menjadi punca suaminya berkahwin dua.

"Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.

"Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami,” katanya.

Terdahulu, dalam laporan yang dikeluarkan Mstar Online pada Rabu, aktres Izreen Azminda didakwa bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuzik yang dikenali sebagai R atau nama panggilannya, Uda.

Sumber mendedahkan, Izreen akan mengadakan majlis doa selamat pada 7 Disember ini dalam anggaran pukul 8 malam di Damansara Perdana.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)