Oleh pada 03 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Astro Gempak & mynewshub.cc

Ketika isu Izreen Azminda kahwin dengan suami orang menjadi bualan hangat di media sosial, ruangan Miss K menerusi portal Astro Gempak melaporkan satu kisah menarik yang dikongsikan oleh seorang sumber.

Khabarnya, sumber yang mahu dikenali sebagai Sofea itu pada awalnya enggan ambil pusing kontroversi yang melanda Izreen. Namun akhirnya dia berasa meluat selepas melihat Izreen memuat naik sebuah kiriman di media sosial.

Kapsyen dalam kiriman itu agak 'panas' kerana seolah ditujukan kepada madunya, Liana.

izreen azminda muat naik kiriman panas kemudian padam 2

Kredit foto: Astro Gempak

Menurut sumber itu, entri berkenaan ditulis susulan kenyataan Liana kepada pihak media pada Khamis lalu.

Namun, entri itu akhirnya dihapuskan Izreen selepas menerima kecaman hebat daripada netizen.

Malah, tinjauan kami di laman Instagram mendapati aktres itu telah menutup komen pada kesemua fotonya kerana kebanjiran 'serangan' netizen yang tidak putus-putus.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)