Oleh pada 03 Jan 2018 kategori

isu kereta disembur cat ini jawapan izreen azminda

Aktres Izreen Azminda dikaitkan dengan sebuah foto kereta disembur cat dengan tulisan 'Perampas Laki Orang'.

Pelakon kontroversi itu bagaimanapun menafikan kereta tersebut miliknya

Malah, pada ketika ini, Izreen memberitahu dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama terbaharunya.

"Eh, bukan kereta sayalah. Saya sedang berada di set penggambaran projek terbaharu arahan Ziela Jalil, Geng Tadarus Untuk Ramadan yang bakal disiarkan RTM," kata Izreen, 32, bercakap tentang foto yang menjadi tular sejak pagi tadi.

Diminta mengulas tentang sangkaan orang ramai yang mendakwa kereta itu miliknya, Izreen berkata, dia sudah lali dengan tuduhan melulu netizen.

"Biarlah apa orang nak kata atau fikir... Janji saya okay. Seandainya, terjadi pada saya sekalipun, negara kita ada undang-undang," katanya yang sebelum ini menimbulkan kontroversi angkara bergelar isteri kedua kepada pemuzik, Ude.

Terdahulu, Izreen menjadi bualan sensasi apabila madunya, Intan Liana Saleh, 32, yang juga isteri pertama suami mereka, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, mengaku rela hidup berpoligami dengannya.

Izreen dan Ude bernikah pada 8 Ogos lalu dalam sebuah majlis tertutup di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Sumber berita & Kredit foto : BH Online 

tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)