Oleh pada 21 May 2022 kategori

Kredit: Facebook @SuhaimiNasyid 

 

Memilih untuk menjadi guru kepada anak di rumah, menerusi TikTok, selebriti kontroversi Suhaimi Saad disoal berkaitan pekerjaan sebenarnya.

 

Banyak menerima pertanyaan sama, beliau mendedahkan hampir menyapu bersih sejumlah royalti yang agak lumayan sepanjang lebih dua dekad bergelumang dalam bidang muzik.

 

"Sebenarnya SS tidak gemar bercerita soal pendapatan. SS bergelar penyanyi sejak tahun 2000 dan mempunyai lebih dari 10 buah album termasuk album bersama kumpulan Inteam, solo, kompilasi dan sebagainya.

 

"Setiap lagu yang diputarkan di radio, televisyen, pusat karaoke, kapal terbang atau pasaraya, terdapat pihak yang mengutip royalti yang akan dibayar kepada SS sebagai penyanyi, penulis lirik dan pencipta lagu. Pemuzik juga ada bahagian mereka.

suhaimi saad tidak bekerja

Kredit: Facebook @SuhaimiNasyid

 

"Tidaklah sehingga ratusan ribu, tetapi jika tahu berjimat, royalti yang dibayar dua kali setahun ini mencukupi untuk beberapa bulan.

 

"Jika SS tiada nanti, royalti ini akan dibayar pula kepada waris iaitu isteri SS, Kak Ina Naim dan anak-anak," ujarnya.

 

Enggan berpeluk tubuh, waktu terluang yang ada diambil untuk membuat kerja sampingan sebagai guru mengaji, tukang urut dan ahli perniagaan.

suhaimi saad royalti

Kredit: Facebook @SuhaimiNasyid

 

"Untuk pendapatan bulanan, SS ada membuat kelas Al-Quran dalam talian pada sebelah malam. Pada waktu siang pula, SS mengajar anak-anak dan mempunyai urusan lain. Contohnya, jika terdapat 5 orang pelajar dimana setiap seorang membayar RM100, bermaksud SS memperoleh lebih kurang RM500 secara bulanan.

 

"Untuk mingguan pula, SS akan menggunakan masa cuti iaitu hari Jumaat dan Sabtu untuk membuat perkhidmatan urut. Seorang pelanggan dicaj anggaran RM100. Jika terdapat 3 orang pelanggan sehari, gaji bersih SS boleh mencecah RM400 ke RM500 untuk tempoh dua hari tersebut.

 

"Untuk pendapatan harian, SS membuat bisnes dalam talian bersama Kak Ina yang antaranya menjual produk keluaran Olive House, kaftan, kopi dan minyak wangi," akhirinya.

 

Komen Pilihan

  

pekerjaan suhaimi saad

 

"Sebenarnya, SS elok orangnya. Masyarakat cuma menilai beliau dari segi isu tular berkaitan dirinya seperti homeschooling dan bumi rata.

 

"Dari segi kehidupan, SS seorang yang komited," tulis seorang netizen.

 

Sumber: TikTok Suhaimi Saad




Hakcipta iluminasi.com (2017)