Oleh pada 01 Nov 2017 kategori

Enam belas tahun adalah masa yang panjang dalam hidup, dan penantian yang sangat lama dalam bola sepak.

Itulah yang dirasakan oleh peminat Leeds, yang telah mengalami kekecewaan selama 16 tahun sejak kali terakhir lagu tema Liga Juara-Juara berkumandang di Elland Road pada tahun 2001.

Anak didik David O'leary ini telah terbang tinggi, mengecewakan Lazio, Anderlecht dan Deportivo La Coruna dalam perjalanan ke separuh akhir bertemu Valencia. Selepas seri perlawanan pertama, impian Leeds dihancurkan dalam perlawanan di Mestalla di mana Gaizka Mendieta dan rakan-rakannya mengecewakan penyokong Yorkshire dengan kemenangan 3-0 secara agregat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun hingga ke hari ini pasukan didikan O'leary ini masih diingati..

1. Nigel Martyn

Pada 2001, Nigel Martyn telah diangkat sebagai salah seorang penjaga gol yang terbaik di England. Pesaing tetap kepada David Seaman dalam pasukan Kebangsaan, tindak balas pantas adalah kelebihan pemain asal Cornwall itu dan menjadi faktor kepada pencapaian bersejarah Leeds pada tahun itu.

Selepas tujuh tahun dan lebih 200 penampilan, beliau meninggalkan kelab pada tahun 2003, menikmati karier terbaik di Everton kendalian David moyes, yang akhirnya menggambarkan beliau sebagai "pembelian yang terbaik". Martyn bersara pada tahun 2006 ketika berumur 40, menjadi legenda Crystal palace, Leeds dan Everton. 

2. Danny Mills

danny mills

Di dalam pasukan yang terdiri daripada kebanyakan pemain muda, Danny Mills membawa dirinya yang berkepala botak dan mengganas. Ketika itu, dia bersaing sengit dengan Gary Neville untuk posisi pertahanan kanan dalam pasukan England. Walaubagaimanapun, beliau memang dikenali sebagai seorang pertahanan yang sangat keras dan tiada kompromi dalam perlawanan.

Hari ini, beliau telah bertukar daripada but bola kepada ulasan-ulasan panas, menjadi seorang pengkritik di kalangan media bola sepak. Beliau sering dilihat bertanyakan tentang komitmen para pemain di saluran-saluran terkenal seperti BBC dan talkSPORT.

3. Rio Ferdinand

rio ferdinand 3

Karier pemain berasal dari Peckham ini di utara hampir dilupakan, tetapi ketika itu beliau merupakan pengawal di bahagian belakang untuk menghalang gol daripada dibolosi. Malahan Ferdinand menjadi pemain pertama yang mendapat penilaian 10/10 di Yorkshire Evening Post di atas persembahannya yang mantap ketika menentang Deportivo pada peringkat suku akhir.

Selepas hanya dua tahun di Elland Road, Ferdinand menyertai Manchester United pada 2002. Pembelian beliau yang bernilai £30m menjadikannya pemain pertahanan termahal dalam sejarah bola sepak buat kali kedua.

Digantung kerana gagal dalam ujian dadah pada 2003, dia kekal sebagai jantung pertahanan Manchester United selama lebih sedekad, memenangi 15 kejuaraan dan membentuk gandingan kubu yang kental bersama Nemanja Vidic ketika pasukannya muncul pemenang Luga Juara-Juara pada 2008.

Baru-baru ini Ferdinand mengumumkan akan menumpukan karier beliau sebagai peninju - rakan lamanya Vidic pasti berbangga.

4. Dominic Matteo

matteo

Pemain antarabangsa Scotland yang secara agak kejam kurang diberi perhatian, menambah keseimbangan di barisan belakang Leeds, kekentalannya memberi kekacauan kepada kedudukan Rio Ferdinand. Meninggalkan Leeds selepas penyingkiran mereka pada 2004, beliau menyertai pasukan dari Lancashire, Blackburn Rovers.

Bagaimanapun, kariernya terganggu oleh keketagihan kepada perjudian dimana menyaksikan beliau menanggung hutang sebanyak £1m.

Selepas bebas dari masalah tersebut, Matteo kembali menyertai Leeds sebagai duta kelab pada 2013, kekal hanya untuk tempoh setahun sehingga Massimo Cellino mengambil alih kelab tersebut pada 2014.

5. Ian Harte

harte

Pemain pertahan kiri serba boleh ini merupakan kesukaan peminat di Elland Road, hantarannya yang tepat dan sepakan percuma yang berbahaya menjadikannya salah seorang pertahan-sayap yang paling efektif di Liga Perdana.

Selepas keluar dari Leeds pada 2004, beliau  memulakan perjalanan 3 tahun yang agak suram di Sepanyol bersama Levante. Pemain Ireland ini kembali je England pada musim 2009/2010, menjaringkan 16 gol dalam satu musim untuk Carlisle, sebelum menamatkan kariernya berasama Reading. Beliau sekarang bekerja sebagai ajen bola sepak.

6. Olivier Dacourt

dacourt

Sentiasa disamakan dengan Patrick Viera, walaubagaimanpun beliau merupakan watak penting untuk Leeds ketika pencapaian mereka di Eropah ketika itu.

Pemain Perancis yang sederhana ini sangat berkesan di Yorkshire, kemudian berpindah ke Roma pada 2003 sebelum berkhidmat untuk Inter dari 2006 hingga 2009.

Selepas kembali dengan jayanya ke England di Fulham, Dacourt bersara di Standard Liege tanpa diraikan.

Beliau menjadi pengkritik di French TV bersama Canal+, dan juga terlibat dalam mewujudkan Indian Super League.

7. Lee Bowyer

bowyer

Walaupun pernah bercakaran dengan rakan sepasukannya sendiri dan juga pergaduhan ketika lewat malam, Lee Bowyer merupakan pemain England yang dianugerahkan kemahuran semula jadi dan sangat berbakat. Beliau menjaringkan gol-gol penting untuk Leeds disebalik gangguan daripada kes-kes mahkamah berprofil tinggi.

Beliau meninggalkan Leeds pada January 2003 untuk tempoh bersama West Ham, Newcastle, West Ham (kali kedua), Birmingham (dimana beliau memenangi Piala Liga 2011) dan Ipswich.

Bowyer bersara pada 2012 untuk menguruskan kolam memancing di Perancis, tetapi sekarang dapat dilihat di The Valley, memainkan peranan sebagai pembantu jurulatih kepada Karl Robinson di Charlton.

8. David Batty

batty 0

Beliau mungkin diingati secara meluas kerana satu tendangan penalti pada Piala Dunia 1998, tetapi Batty lebih bernilai daripada itu. Seorang pengemudi yang kental, dia menyebabkan Bowyer kelihatan kerdil, dan menjadi elemen penting di kawasan tengah Leeds.

Batty yang berpengalaman, seorang anggota pasukan Leeds yang memenangi gelaran liga pada tahun 1992, adalah watak sederhana di padang. Dia tetap tenang dalam persaraannya, sering muncul sebagai tetamu dalam pertandingan bola sepak amal selepas menamatkan kerjayanya pada tahun 2004.

9. Harry Kewell

kewell 3

Sebelum kecederaan mengganggu kerjayanya, Kewell adalah salah seorang pemain yang paling berbahaya di Liga Perdana Inggeris. Pemain Australia ini sering menjadi ancaman dari sayap kiri, larian yang mengelirukan dan tendangannya yang padu menjadikannya duri dalam daging kepada pasukan-pasukan lawan.

Liverpool mendapat tentangan sengit daripada Arsenal untuk tandatangan 'budak' Sydney ini pada tahun 2003, namun Anfield tidak pernah menyaksikan beliau di tahap terbaiknya. Namun, pingat Liga Juara-juara 2005 boleh dianggap sebagai penawar.

Kemudian, sumbangan Kewell untuk bola sepak di Watford kurang mendapat penghormatan: dia telah menjadi jurulatih pasukan Hornets 'U23 sejak tahun 2015, tetapi dibebaskan pada April 2017 berikutan keputusan buruk. Musim ini dia menjadi pengkritik dengan BT Sport.

10. Mark Viduka

viduka

Setelah berpisah dengan Celtic di utara sempadan, Viduka tiba dengan banyak pertikaian sebagai penyerang serangan Leeds yang diperbaharui pada tahun 2000.

Penyerang Aussie itu tidak mengecewakan, menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan ketika Leeds mengalahkan Liverpool 4-3 dan menjadi pahlawan dengan gaya dan tekniknya yang menarik.

Selepas beroindah ke Middlesbrough pada tahun 2004, Viduka membantu skuad Steve McClaren ke Final Piala UEFA 2006, sebelum bersara di Newcastle tiga tahun kemudian.

Dia kini boleh dilihat bertindak sebagai jurulatih untuk pasukan Australia, Melbourne Knights

11. Alan Smith

alan smith 2

Alan Smith adalah seorang pelapis sejati di Elland Road, menggabungkan sikap panas baran dengan bakat semulajadi untuk gol-gol penting.

Walaupun pernah bersumpah dia tidak akan bermain untuk Manchester United, Smith menandatangani kontrak untuk musuh Leeds, pasukan Old Trafford di musim panas 2004, yang dicanang sebagai pewaris Roy Keane sebelum kecederaan melumpuhkan peluangnya.

Dia pernah menjadi pemain-pengurus sementara untuk Notts County dalam Liga Dua, tetapi pemain berusia 36 tahun itu kini hanya memainkan peranan pembantu, yang diterajui Kevin Nolan.

Rujukan: www.fourfourtwo.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)