Pemain bola sepak di era moden adalah atlet yang elit, dengan tahap kecergasan dan kebolehan fizikal yang mengagumkan. Tetapi ramai yang dikatakan berbakat secara semulajadi, sesetengah lagi adalah hasil kerja keras dan dedikasi yang konsisten seperti Cristiano Ronaldo. Namun, terdapat juga kategori yang ketiga iaitu pemain yang mempunyai darah bola sepak dalam tubuh mereka, bakat keturunan yang telah diturunkan dari generasi ke generasi.
Walaupun terdapat ramai pemain bola sepak generasi kedua yang gagal direkodkan, masih terdapat beberapa pemain bola sepak terkenal yang sebenarnya telah melangkaui pencapaian bapa mereka mahupun datuk mereka. Tetapi walaupun mereka mewarisi bakat itu, mereka masih bekerja keras untuk keluar dari bayang-bayang bapa mereka sendiri dan melakar sejarah mereka sendiri dalam bola sepak.
BESARKAN TEKS A- A+
Walaupun dapat dikatakan bahawa memiliki bapa sebagai bekas pemain akan memudahkan peluang pemain itu untuk dipilih mewakili sesuatu pasukan, kerja keras dan dedikasi pemain adalah faktor yang menghalang mereka daripada kegagalan.
#5 Geoff Hurst and Charlie Hurst
Geoff Hurst ialah salah seorang tokoh paling terkenal dalam sejarah bola sepak Inggeris. Legenda West Ham ini menjaringkan lebih 300 gol sepanjang kerjayanya selama 17 tahun. Walau bagaimanapun, satu perkara yang peminat bola sepak Inggeris akan sentiasa ingati adalah hatriknya pada final Piala Dunia 1966, yang membawa pulang Piala Dunia ke England untuk kali pertama dan satu-satunya trofi kejuaraan utama yang dimenangi England hingga kini.
Sumber Video: Soccerex You Tube Channel
Selepas beliau bersara sebagai pemain, Hurst masuk ke dalam bidang pengurusan, walaupun menguruskan Chelsea hanya selama dua tahun, sebelum akhirnya bersara dari semua jenis sukan dan kemudian menjadi salah satu dari beberapa pemain di dunia yang menjadi lagenda.
Bapanya pula, juga pemain bola sepak profesional tetapi kerjayanya terganggu akibat Perang Dunia Kedua menyebabkan beliau gagal membuat penampilan profesional untuk negaranya. Tidak seperti Geoff, bapanya adalah seorang pemain pertahanan yang menikmati kejayaan domestik di banyak kelab Inggeris seperti Bristol Rovers dan Oldham Athletic sebelum menjadi pemain-pengurus di Sudbury Town. Beliau mengetuai pasukannya ke final Suffolk Senior Cup dan tempat ketiga dalam liga sebelum bersara dan bekerja sebagai seorang tukang membuat peralatan.
#4 Diego Forlan and Pablo Forlan
Salah seorang penyerang paling hebat dekad yang lalu, Forlan memiliki kerjaya sensasi di Eropah, terutamanya di La Liga. Walaupun melakukan persembahan yang buruk di Manchester United, Forlan berjaya memulihkan prestasinya dan mempamerkan persembahan terbaik selepas meninggalkan pasukan Sir Alex Ferguson. Beliau menyertai Liga Sepanyol dan semasa berada di Villarreal dan Atletico Madrid, beliau memenangi anugerah Pichichi - nama yang dipanggil di Sepanyol untuk Kasut Emas - bersama kedua-dua kelab.
Untuk negaranya, Forlan membuat 112 kemunculan, hanya di belakang Maxi Pereria, dan menjaringkan 36 gol. Tempoh kemuncaknya hadir ketika Piala Dunia 2010, dimana beliau mempersembahkan permainan terbaiknya di hujung karier.
Sumber Video: mzztter08 You Tube Channel
Forlan berjaya mengalahkan Thomas Muller, Wesley Sneijder, dan David Villa untuk anugerah Golden Ball, yang diberikan kepada pemain terbaik dalam kejohanan itu, dimana Uruguay menduduki tempat ke-4 setelah tewas kepada Belanda di separuh akhir. Beliau meneruskan usahanya, menjaringkan dua gol selepas gol pembukaan Luis Suarez dan membantu Uruguay memenangi kejuaraan Copa America ke-15 dalam prosesnya menjadi penjaring terbanyak Uruguay (sebelum dikalahkan oleh Luis Suarez).
Bapanya Pablo Forlan juga pemain bola sepak profesional, tetapi tidak seperti anaknya, beliau tidak pernah bermain di luar Amerika Selatan sepanjang kariernya. Walau bagaimanapun, Pablo telah memenangi tujuh gelaran Liga Uruguay dan gelaran Copa Libertadores pada tahun 1960-an, dan Copa America dengan Uruguay walaupun hanya melakukan tujuh belas penampilan untuk pasukan kebangsaan.
#3 Gonzalo Higuain and Jorge Higuain
Gonzalo Higuain mungkin salah satu nama terbesar dalam dunia bola sepak sekarang. Penyerang Argentina ini dikaitkan dengan kelab-kelab besar Liga Perdana ketika beliau di Real Madrid sebelum akhirnya pindah ke Napoli, di mana beliau 'menggegarkan' Serie A dengan lebih 90 gol dalam tiga musim. Juventus membelanjakan sejumlah €90 juta ke atas bintang ini dan membawanya ke Stadium Juventus untuk menjadi sebahagian daripada perancangan utama skuad Allegri.
Higuain memulakan kariernya di Eropah dengan Real Madrid, menjaringkan lebih 100 gol liga sepanjang enam musim sebelum dijual ke Napoli, di mana beliau terus membuktikan dirinya sebagai salah seorang penyerang utama dalam bola sepak dunia. Beliau menjaringkan 91 gol hanya dalam tiga musim dengan kelab yang menjualnya ke Old Lady, di mana beliau meraih gelaran liga keempat, tambahan kepada tiga kemenangan di Bernabeu.
Sumber Video: JHTV Productions YouTube Channel
Bagi kerjaya antarabangsanya, pemain antarabangsa Argentina itu telah menjaringkan 31 gol dalam 67 perlawanan untuk negaranya menjadikannya beraksi lebih awal daripada pemain hebat seperti Sergio Aguero. Walau bagaimanapun, pada usia 29 tahun, Higuain masih mempunyai banyak sasaran dan beliau yang digelar 'El Pipita', nama samaran yang berasal dari bapanya, Jorge Higuain, dijangka mampu mencapainya.
Jorge adalah pemain pertahanan Argentina yang terkenal kerana menjaringkan banyak gol walaupun bermain di posisi tersebut. Walaupun beliau menikmati tempoh bermain yang baik di kelab Argentina seperti Boca Juniors, River Plate dan juga untuk kelab Ligue 1 Erancis, Stade Brestois 29, beliau tidak pernah membuat penampilan untuk pasukan kebangsaannya.
#2 Frank Lampard and Frank Lampard Sr.
Frank Lampard adalah legenda Chelsea, yang telah membuat lebih daripada 913 penampilan untuk kelab itu, menjaringkan 273 gol, jumlah yang mengagumkan. Penjaring gol terbanyak sepanjang masa untuk Chelsea, membuktikan kedudukan dirinya sebagai pemain tengah moden dan dianggap sebagai antara pemain terbaik yang pernah bermain untuk pasukan kebangsaan England. Beliau memenangi tiga gelaran Liga Perdana, beberapa kejuaraan domestik , dan satu gelaran Liga Juara-Juara UEFA selama berkhidmat di Chelsea, dan seluruh Stamford Bridge kekal menyayanginya.
Walaubagaimanapun, sebelum Chelsea, Lampard memulakan kariernya di West Ham, di mana beliau menghabiskan tempoh tujuh tahun sebelum beralih ke Chelsea. Walaupun penyokong setia West Ham tidak menyukai Frank Lampard, mereka pasti menyayangi bapanya, Frank Lampard Sr, yang melakukan lebih daripada 600 penampilan untuk kelab tersebut. Beliau membuat kemunculan pertamanya pada 19 November 1967 dan tidak lama kemudian mengukuhkan dirinya sebagai pilihan utama di posisi pertahanan kiri untuk 'Hammers'.
Sumber Video : HeilRJ 2 You Tube Channel
Walaubagaimanapun, tidak seperti anaknya, Lampard Sr. hanya berjaya melakukan dua penampilan untuk England, kali pertama ketika bertemu Yugoslavia pada 1972. Seorang pertahanan kiri yang kurang dihargai, beliau tidak berjaya menempatkan dirinya dalam skuad kebangsaan.
Tidak salah untuk mengatakan bahawa anaknya telah berjaya mencapai segala-galanya yang gagal dicapai bapanya tidak dan telah benar-benar mengalahkan bapanya.
#1 Paolo Maldini and Cesare Maldini
Bercakap tentang pemain yang bermain hanga untuk satu kelab, Paolo Maldini akan tersenarai dalam sejarah sebagai pertahanan terhebat yang pernah menghiasi permainan ini. Dalam kerjayanya yang menjangkau lebih 25 tahun, bekas kapten Itali itu memenangi 26 trofi, termasuk lima gelaran Liga Juara-juara - lebih banyak daripada pemain-pemain lain di era bola sepak yang moden.
Maldini telah memenangi tujuh gelaran Serie A dengan AC Milan termasuk juga gelaran yang berturut-turut, dan memegang pelbagai rekod merangkumi karier yang panjang; membuat penampilan terbanyak dalam Serie A dan masa bermain paling banyak dalam sejarah Piala Dunia FIFA.
Sumber Video : Giovanni Football You Tube Channel
Satu fakta yang menarik, pada 28 Mei 2003, Paolo Maldini (ketika memenangi trofi Liga Juara-Juara keempatnya) mengetuai Milan dalam perjalanan meraih kejayaan Liga Juara-Juara, mengalahkan Juventus dengan penentuan penalti. Tetapi dalam kebetulan yang luar biasa, bapanya, Cesare Maldini juga merangkul Piala Eropah sebagai kapten AC Milan pada tarikh yang sama tepat hampir 40 tahun sebelum anaknya melakukannya. Sama seperti anaknya, Cesare menjadi kapten Milan selama lebih dari 12 tahun sebelum berpindah ke Torino pada tahun 1966 , tetapi ketika itu beliau memenangi empat gelaran Liga dan satu trofi Liga Juara-Juara. Beliau dianggap sebagai legenda Milan, seperti anaknya, tetapi tidak salah untuk mengatakan bahawa Paolo telah melebihi bapanya dan merupakan salah seorang legenda bola sepak sepanjang masa.
Rujukan: m.sportskeeda.com