Oleh pada 15 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Youtube Rotikayahq

Sebelum ini, pelakon Iqram Dinzly menimbulkan kemarahan orang ramai kerana meletakkan kenderaan yang menghalang laluan masuk di sebuah bangunan di Pulau Langkawi.

Bagaimanapun dalam wawancara terbaru, Iqram akhirnya memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan. Menurutnya, dia sendiri tidak sedar akan kesalahan tersebut memandangkan dia masih baru di pulau itu. 

Ketika kejadian ruang parkir di Pekan Kuah, Chenang penuh dan saya nampak ada kereta lain yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan. Jadi saya pun melakukan perkara sama memandangkan urusan saya di sebuah bank mengambil masa singkat sahaja. Demi Allah saya tak tahu itu laluan utama kenderaan kerana saya sangka ia jalan sehala.

Sumber: Mstar

demi allah saya tak tahu itu laluan utama kenderaan iqram dinzly 2

Kredit foto: Beautifulnara & Instagram Iqram Dinzly

Bukan sahaja membuat kesalahan, malah lebih membuatkan netizen berang apabila pelakon ini seperti enggan mengakui kesalahannya dengan memuatnaik kenyataan berbaur sinis di laman sosial. Namun menurut Iqram, apa yang cuba disampaikan dalam kiriman Instagram tersebut hanyalah sekadar gurauan.

Sejujurnya saya tidak marah cuma rasa agak keterlaluan apabila ia disebarkan di laman sosial oleh individu yang meletakkan nota itu pada kenderaan saya. Apabila saya memuat naik status mengenainya ramai pula menghentam saya. Jika baca betul-betul, tulisan saya itu hanyalah gurauan semata-mata. Saya memohon maaf atas kesilapan saya dan tak mahu perkara ini diperbesarkan lagi. Saya anggap ini sebagai pengajaran dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

Sumber: Mstar 

demi allah saya tak tahu itu laluan utama kenderaan iqram dinzly 3

Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly

Sebagai selebriti, menjadi lumrah sebarang kenyataan yang dibuat di laman sosial akan menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi. Bagaimanapun apa yang lebih penting Iqram telahpun memohon maaf dan menyedari kesilapan beliau. Semoga kejadian ini bukan sahaja menjadi pengajaran kepada Iqram, malah kepada semua pengguna jalan raya yang lain juga. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)