Oleh pada 29 Oct 2017 kategori

simpson illuminati adalah tidak benar hoax

Berita tentang Simpson meramal masa depan menular dengan begitu cepat. Ramai juga mempercayai berita ini kerana dilihat bahawa gambar-gambar yang kita lihat pada siri Simpson itu benar-benar berlaku pada hari ini. Ya memang benar, gambar ramalan itu wujud tetapi ada kisah di sebalik gambar tersebut.

Contoh paling yang banyak menular ialah ada yang mengatakan The Simpsons meramalkan bahawa Trump akan menjadi Presiden USA dan ramalan Illuminati. Semua itu sebenarnya tidak benar dan ramai mempercayai berita ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada Ogos 2015, satu video daripada salah satu episod The Simpsons yang mengatakan bahawa Donald Trump akan mengambil bahagian dalam pencalonan telah menular. Video itu yang dikatakan berasal daripada salah satu episod The Simpsons daripada tahun 2000 telah lama meramalkan bahawa Donald Trump akan mengambil bahagian sebagai calon presiden USA.

Sebenarnya, video ini tidak benar. Episod yang menerangkan bahawa Donald Trump sebagai salah seorang calon presiden itu bukan berasal daripada tahun 2000 tapi episod ini dikeluarkan pada tahun 2015 selepas Donald Trump mengumumkan pencalonan dirinya sebagai salah seorang yang akan bertanding dalam pilihan raya sebagai presiden.

Episod ini yang diberi nama "Trumpastic Voyage" ini dimuatnaik di saluran Youtube "Animation Domination" pada 7 Julai 2015 selepas Trump mengumumkan yang dia akan bertanding dalam pilihan raya 2016. Video ini boleh dilihat di bawah. 

Salah satu episod daripada siri ini pada tahun 2000 juga pernah membuat lawak bahawa Donald Trump akan menjadi presiden satu hari ini tetapi memandangkan Trump sendiri sudah banyak kali membuat lawak tentang dirinya menjadi presiden, tidak hairanlah episod itu boleh bercakap tentang sindiran Trump itu sendiri.

Selain itu, ramai juga yang mengatakan bahawa The Simpsons juga meramalkan kawasan-kawasan yang dimenangi Trump dalam undian pilihan raya itu. Ramai yang mudah mempercayai berita palsu ini kerana terdapat banyak kawasan yang sama dilihat dalam peta tersebut.

Salah satu tweet di twitter menunjukkan peta tersebut:

peta simpson tidak ramal masa depan 745

Gambar lelaki yang dikenali sebagai Mr Burns bersama seekor anjing itu di hadapan peta pilihan raya itu memang benar tetapi ia tiada kena mengena langsung dengan Donald Trump kerana episod itu sedang menceritakan tentang kisah Mr Burns.

peta simpson

Selain itu, dalam peta tersebut juga tidak sama dengan peta kemenangan Trump. Jika anda lihat di sebelah kiri, salah satu kawasan yang dikatakan diramalkan oleh The Simpsons tidak sama yang berada di sebelah kanan iaitu kawasan yang dimenangi Donald Trump. Contohnya kawasan Wisconsin, Ohio dan Pennsylvania sepatutnya menjadi warna biru tetapi realitinya ia berwarna merah.

Ada juga mengatakan The Simpsons meramalkan illuminati kerana pembunuhan penyanyi terkenal Prince pada tahun 2016 telah diramalkan pada sebelum-sebelumnya. Ini sama sekali tidak benar kerana kematian Prince ini sangatlah berbeza dengan apa yang diramalkan oleh The Simpsons.

Ini contoh video yang menyebarkan berita palsu kematian Prince sebagai illuminati

Dalam video itu menerangkan bahawa Homer watak utama The Simpsons mendapat upahan untuk membunuh Prince daripada agen illuminati tetapi ia sangatlah tidak benar. Episod yang berjudul "Treehouse of Horror XIX" dikeluarkan pada tahun 2008 menunjukkan Homer membunuh Prince menggunakan gitar dan ini banyak dikaitkan dengan illuminati yang sengaja mahu membunuh Prince.

prince the simpson

Sebenarnya kematian Prince berlaku sangat jauh tarikhnya jika dibandingkan apa yang diramalkan oleh The Simpsons kerana jika mereka mahu membunuh Prince, sudah tentu dia akan mati pada tahun 2008 selepas episod itu ditayangkan tetapi dia mati pada tahun 2016.

Kematiannya pula bukan dibunuh seperti apa yang diramalkan kerana dia mati disebabkan mengambil dadah berlebihan bukan kerana dihempak oleh gitar atau ditikam. Cara dia mati sangatlah berbeza seperti yang diramalkan oleh The Simpsons dan itu menunjukkan bahawa berita itu palsu.

simpson membunuh prince

Salah satu yang paling terkenal ialah gambar Trump dan Raja Arab Saudi memegang orb tersebar luas mengatakan bahawa ini sudah diramal oleh The Simpsons. Gambar tersebut memang wujud dan betul tetapi garis masa yang ditunjukkan tidak benar. Berita palsu itu tersebar mengatakan bahawa gambar tersebut adalah daripada salah satu episod daripada 2002.

Sebenarnya gambar tersebut adalah daripada tahun 2017 dan ia dikeluarkan selepas Donald Trump sendiri menemui Raja Salman sendiri. Sudah tidak masuk akal jika The Simpsons mampu meramal masa depan. Gambar ini telah diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab dan berita palsu terus disebarkan. Logiknya sudah tentu The Simpsons mengeluarkan gambar ini setelah peristiwa itu sendiri berlaku.

simpson meramal masa depan 825

sumber: Snopes




Hakcipta iluminasi.com (2017)