bayi pandai berenang

Beberapa tahun kebelakangan ini, telah tular beberapa video yang memaparkan seorang bayi yang mampu berenang di kolam renang terutamanya di luar negara. Pada peringkat awal, ramai ibu bapa yang menyatakan kemarahan kerana mereka beranggapan ianya seolah-olah memaksa bayi untuk belajar berenang dalam umur yang masih muda.

Selain itu, tersebar juga cakap-cakap bahawa bayi lebih mudah untuk belajar berenang kerana mereka sudah terbiasa dalam keadaan sedemikian ketika masih dalam kandungan ibu. Adakah ini pendapat ini betul?

Jawapannya adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI

Secara semulajadinya, seseorang bayi itu tidak pandai berenang. Walau bagaimapun, mereka mempunyai sejenis refleksi yang dikenali sebagai "bradycardic reflex" yang akan menyebabkan seseorang bayi itu secara semulajadinya akan menahan nafas dan membuka mata apabila berada dalam air.

Bradycardic Reflex

Bradycardic reflex adalah tindak balas semulajadi tubuh badan apabila berada di dalam air. Apabila muka bayi terdedah kepada air (iaitu ketika mereka berada dalam air), denyutan jantung mereka akan bergerak perlahan dan darah akan berkurangan di bahagian otot periferi (peripheral muscles) untuk menyimpan oksigen yang diperlukan oleh otak dan jantung. Tindak balas secara semulajadi ini akan menyebabkan bayi akan menahan nafas apabila berada dalam air.

Walaupun begitu, ia tidak bermakna seseorang bayi itu sudah pandai berenang. Selain itu, terdapat pendapat yang mengatakan apabila umur bayi semakin meningkat terutamanya melebihi 6 bulan, tindakbalas semulajadi ini akan berkurangan.

Apakah Umur Yang Sesuai Untuk Bayi Belajar Berenang?

Terdapat beberapa pendapat mengenai perkara ini, antaranya adalah selepas 6 bulan atau kira-kira apabila bayi sudah dapat mengangkat kepala mereka. Sementara itu, pertubuhan American Academy of Pediatrics (AAP) pula mencadangkan bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun masih tidak sesuai untuk diajar berenang kerana mereka belum mempunyai kemampuan dan kekuatan untuk menahan nafas secara sedar (bukan secara refleksi) seterusnya mendedahkan mereka kepada risiko untuk lemas.

Bagi ibu bapa yang berkeinginan untuk menghantar bayi anda belajar berenang, seelok-eloknya dapatkan dahulu nasihat daripada doktor.

Dapatkan Jurulatih Yang Bertauliah

bayi belajar berenang

Sekiranya anda bercadang melatih bayi anda supaya boleh berenang, dilarang sama sekali melakukannya sendiri. Ianya sangat merbahaya. Sila dapatkan khidmat jurulatih berenang yang pakar melatih bayi untuk berenang.

Untuk makluman juga, bukan semua jurulatih berenang mampu mengajar bayi berenang. Jadi, pastikan anda mendapatkan khidmat jurulatih yang benar-benar berkelayakan untuk melatih bayi anda berenang. 

Di Malaysia, antara selebriti yang menghantar anak mereka belajar berenang pada usia yang muda adalah pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Mari lihat video bayi mereka Yusof Iskandar belajar berenang di bawah ini:

Kredit:

  1. Baby Center
  2. Popular Science

tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)