Oleh pada 10 Oct 2019 kategori

adira cerai

Kredit foto: Instagram Datuk Red

    

Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan ada orang ketiga yang ingin melihat kemusnahan rumah tangganya dengan isteri, penyanyi Adira Suhaimi ketika mereka berdepan krisis.

Adnan yang juga dikenali sebagai Datuk Red berkata, campur tangan orang ketiga itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk memulihkan hubungan perkahwinan mereka yang berusia hampir empat tahun itu.

“Memang ada pihak yang ingin melihat kami berpisah. Saya pun tak tahu kenapa. Benda baik pun ada yang menghalang.

“Sebagai ketua keluarga saya akan cuba mempertahankan rumah tangga kami meskipun tangan ajaib itu dalam kalangan keluarga sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Adnan berkata, beliau akur dirinya hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan, namun tetap mempunyai semangat memperbetulkan apa yang telah dilakukan.

   

punca adira cerai

Kredit foto: Instagram Datuk Red

    

“Sebelum ini saya akui tidak pikul tanggungjawab dengan serius. Saya leka dengan banyak perkara.

“Malah dulu ketika sibuk dengan urusan duniawi, saya pernah kata kalau perempuan pergi dalam hidup ini, boleh cari lain.

“Tapi sekarang saya tak nak semua itu. Allah sudah memberi petunjuk, walaupun dah terlewat tapi saya masih ada harapan sebelum perkahwinan ini hancur,” katanya.

Berkenaan tindakan Adira yang nekad memohon cerai, Adnan akui adakalanya keliru kerana pendirian isterinya itu yang kerap berubah-ubah.

“Semua sudah sedia maklum dia memohon perceraian ini sejak April lagi. Kadangkala saya akui tidak berapa faham dengan dia punya hati dan perasaan.

“Sebagai contoh, malam sebelum perbicaraan sebelum ini kami ada berbincang supaya dia menarik balik semula kes terbabit dan reda namun boleh bertukar fikiran pula.

“Mungkin ada individu yang menghasutnya. Apapun saya tidak boleh jangka dia punya hati tapi saya akan pertahankan hubungan ini demi anak,” katanya.

Terdahulu, Adira bertindak memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, meskipun dibantah suaminya.

    

Sumber berita: Wujud Campur Tangan Orang Ketiga - Datuk Red

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)