Oleh pada 05 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Adira

Aidilfitri tahun ini pasti menjadi kenangan bermakna buat penyanyi Adira kerana adalah tahun pertama diraikannya bersama anaknya, Anggerik.

Dalam sebuah kiriman di laman sosial memaparkan suami penyanyi tersebut iaitu Dato Sri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Dato Red turut sama hadir meraikan syawal bersama Adira di Sabah.

Bagaimanapun persoalan mula tercetus di kalangan netizen apabila beberapa hari selepas itu, Adira tampil dengan sebuah status yang agak beremosi.

komen sindiran datin red adira luah rasa kecewa 2

Kredit foto: Instagram Adira

Diam selagi mampu. Biarlah. Bulan mulia bawalah bertenang #mamisayanganggrek #hidupbiartenang #amantanpaperang Saya tidak suka berperang.

Sebuah lagi status daripada isteri pertama Dato Red iaitu Datin Red turut menghangatkan lagi keadaan. Difahamkan, status Datin Red tersebut ditulis selepas Dato Red meninggalkan Sabah dan beraya bersamanya.

komen sindiran datin red adira luah rasa kecewa 3

komen sindiran datin red adira luah rasa kecewa 4

Kredit foto: Instagram Datin Red

Suami saya dah kena pulang. Suami saya dah pulang ke pangkal jalan.

Malah ketika Dato Red bersama Adira meraikan Aidilfitri di Sabah, Datin Red sempat mengirimkan kapsyen yang berbaur sinis. 

komen sindiran datin red adira luah rasa kecewa 5

komen sindiran datin red adira luah rasa kecewa 6

Kredit foto: Instagram Datin Red 

Selamat hari raya. Ku pohon maaf dari jauh duhai suami #kumpulanrayaselangor #kumpulansuamikenapinjam #takpandaimenipu #jadidirisendiri 

Tidak dapat dipastikan apakah konflik yang melanda kedua-dua isteri Dato Red ini. Apapun keadaannya, kami berharap semoga mereka dapat berdamai bersempena bulan Syawal yang mulia ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)