Oleh pada 23 Aug 2017 kategori

Kredit foto: ohmymedia.cc & Beautifulnara

Suami kepada penyanyi Adira, Datuk Red sememangnya dikenali ramai dengan isu-isu skandal yang sering ditimbulkannya.

Meskipun sudah beristeri dua, Datuk Red dilihat tidak serik malah Adira sendiri mengakui suaminya memang sukakan publisti murahan!

datuk red sibuk skandal rupanya datin red dah ada orang baru 2

Kredit foto: Twitter Rotikaya

Terkini, menerusi blog hiburan Rotikaya secara eksklusif telah mendedahkan gambar perbualan yang didakwa merujuk kepada isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Syarifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali ramai sebagai Datin Red.

datuk red sibuk skandal rupanya datin red dah ada orang baru 3

Kredit foto: Rotikaya

Menerusi perbualan itu, dikhabarkan Datin Red telah disahkan hamil anak baru. Namun sumber mendakwa Datin Red tidak begitu gembira dengan berita yang diterimanya kerana mengenangkan suaminya yang sedang mencari calon isteri ketiga.

Jelas sekali Datin Red berasa terkesan dengan kontroversi terdahulu. Bagaimanapun jika benar berita ini kami ingin mengucapkan tahniah atas bakal kelahiran "orang baru" dalam perkahwinan mereka. Dalam pada itu, Datuk Red pula perlulah lebih adil dan menyedari tanggungjawabnya sebagai suami terutamanya dalam situasi di mana seorang isteri benar-benar memerlukannya. 

Sumber berita: Rotikaya 



Hakcipta iluminasi.com (2017)