Produser terkenal, Datuk A.Aida mengesahkan bakal menerbitkan sekuel drama rantaian 'Andainya Takdir' yang akan membuat masyarakat lebih geram.
Menurutnya lgai, dia sedang dalam proses mencari idea untuk menentukan bentuk konflik dalam plot cerita yang mampu mebangkitkan kemarahan masyarakat terhadap watak-watak ciptaannya.
Ya, akan ada Andainya Takdir 2 kerana saya sendiri sudah menjangkakan cerita tersebut akan meletup sebelum ini di mana saya percaya formula menghasilkan karya yang dekat dengan masyarakat selalunya tidak menghampakan.
Kalau Andainya Takdir sudah mampu buat orang geram, untuk sekuelnya nanti saya akan pastikan orang jadi lebih geram dengan konflik-konflik dicipta berdasarkan kisah-kisah yang pernah berlaku dalam masyarakat kita .
Drama 'Andainya Takdir' berkisar tentang sikap lelaki panas baran dan kaki cemburu yang mendera isterinya yang setia. Ia mencipta rekod drama pertama yang meraih 10 juta penonton mengungguli slot drama yang bersiaran pada jam 10 malam serta carta drama media sosial dan digital.
Datuk A.Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang yang berusia 46 tahun juga sempat berkongsi rahsia kejayaan beberapa drama terbitan produksinya yang mendapat tempat di hati penonton iaitu menghasilkan karya yang dekat dengan hati masyarakat.
Ya, itu sahaja formulanya sekalipun ada yang menganggap drama sebegitu kekampungan dan agak klise, tetapi itu yang orang kita nak.
Paling penting peranan penerbit dan pengarah itu sendiri bagaimana dia nak mencorak karya tersebut dengan memasuki unsur-unsur sarat konflik yang boleh membangkitkan emosi penonoton .
Berkongsi pengalaman lucu sepanjang penggambaran drama 16 episod itu, Aida turut berkongsi bagaimana dia tidak berpuash hati dengan bentuk fizikal Shukri Yahaya selaku aktor utama yang kelihatan sedikit berisi.
Jenuh tau nak ambil angle (posisi) agar semuanya nampak sempurna sebab Shukri agar berisi ketika. Saya harap untuk Andainya Takdir 2, dia boleh kurus dan tidak menyukarkan kerja jurukamera .
Selain Shukri, Nina Iskandar memainkan peranan sebagai watak utama drama berkenaan dan dibantu oleh Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi dan Adiba Yunus.
Sumber berita & foto: mStar Online