iluminasi adam rosly pkr kaya datuk zuraida

Adam Rosly atau nama penuhnya Datuk Adam Rosly tiba-tiba jadi popular selepas dia ditangkap oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia atau SPRM atas tuduhan kes pecah amanah. Siapakah beliau? Bagaimana beliau berjaya mengumpulkan kekayaan sekelip mata walaupun baru berusia 28 tahun? Mari kita baca serba sedikit kisah beliau yang dikongsikan oleh pelbagai pihak. Perlu dimaklumkan bahawa ini adalah kompilasi kisah-kisah yang ada di media sosial dan kita semua tahu dalam bab politik, agak sukar untuk kita ukur kesahihan berita yang benar, jadi jika ada kesilapan dalam informasi, maklumkan kepada pihak kami.

iluminasi adam rosly pkr kaya datuk zuraida3Adam Rosly dikhabarkan memulakan karier politiknya sebagai ahli kepada cawangan PAS di kawasan Pandan. Dikhabarkan apabila pihak pimpinan PAS menolak beliau, beliau akhirnya diselamatkan oleh Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, wakil Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin.Melalui hubungan baik beliau dengan YB Zuraida, Adam Rosly dilantik memgang jawatan Penggerak Belia Tempatan atau PeBT bagi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Kemudian beliau naik pangkat dalam politik apabila dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang dan pada masa yang sama bertugas sebagai Pembantu Khas ahli Parlimen Ampang.Ketika berusia 28 tahun pada tahun 2016, Adam Rosly dianugerahkan dengan gelaran Datuk oleh Sultan Pahang. Beliau pada ketika itu dianugerahkan sebaris dengan musuh ketat beliau iaitu Datuk Jamal Yunos (pada ketika itu).

iluminasi adam rosly pkr kaya datuk zuraida2Kontroversi beliau sebenarnya sudah pun bermula sejak tahun 2013 melibatkan beberapa tuduhan pecah amanah tetapi menjadi kes jenayah selepas Datuk Jamal Yunos melakukan pendedahan dengan mengajak beberapa orang wartawan menaiki helikopter untuk meninjau sebuah kediaman mewah yang terletak di Ampang.Datuk Seri Jamal Yunos mempersoalkan mengapa seorang anak muda mempunyai kemampuan untuk membeli sebuah rumah bertaraf mahligai sedangkan dia bukanlah mempunyai perniagaan yang membawa keuntungan banyak. Respon terhadap tuduhan yang diterima membuatkan Datuk Adam Rosly mengeluarkan kenyataan balas, menerangkan ,"semasa kecil saya dibesarkan oleh nenek angkat dan agak susah. Oleh itu, saya sudah mula berniaga sejak kecil seperti menjual air, mangga dan nasi lemak di sekolah." Sambung beliau lagi “kemudian dengan wang yang tidak seberapa, saya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Sehinggalah saya mampu memiliki kereta Proton Perdana pada usia 19 tahun.” Melihat pembantunya dituduh dengan pelbagai tohmahan, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata "setahu saya Adam memang anak seorang ahli perniagaan. Di dalam parti pun, saya tak ada buat lantikan sebagai ahli majlis atau ketua kampung untuk dia, saya percaya dia adalah telus dengan kekayaan dia dan harta yang dia ada,”Pada bulan Februari 2017, Adam Rosly mula disiasat buat kali pertama oleh pihak SPRM. Dia mengaku kepada pihak SPRM yang semua hasil kekayaannya datang daripada hasil perniagaan dan harta warisan keluarga beliau. Apabila dipersoalkan bagaimana beliau mendapat gelaran Datuk, beliau memberitahu yang gelaran itu diberikan atas penglibatannya dengan beberapa projek di negeri Pahang.Pada bulan 13 April 2017, Adam Rosly ditahan oleh pihak SPRM atas tuduhan mengemukakan dokumen palsu terhadap siasatan yang dijalankan. Beliau juga dilaporkan membertikan keterangan palsu ketika berada dalam siasatan.

iluminasi adam rosly pkr kaya datuk zuraida4Rumah yang dikhabarkan bernilai lebih 1 juta ringgit (menurut beliau), lima buah kereta mewah iaitu sebuah Mini Cooper, BMW 5, Mercedes Benz C200, Audi A6 dan sebuah Toyota Vellfire juga dirampas untuk membantu siasatan. 8 akaun bank di bawah nama Adam Rosly dan isterinya dengan jumlah wang terkumpul sebanyak RM212,461.41 juga telah dibekukan daripada akses.Beliau mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan dan jika disabitkan kesalahan, beliau boleh didenda sebanayk RM3 juta ringgit, penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Harapan kami hanya satu, kami berdoa dan berharap agar siasatan dapat dilakukan dengan telus tanpa melibatkan campurtanagn dan sentimen politik oleh semua pihak. Kita letakkan sepenuh kepercayaan kita kepada pihak SPRM dalam menjalankan tugas mereka. Kita sebagai rakyat perlulah berdiri di belakang SPRM dalam menjaga kredibiliti pemimpin dan bakal pemimpin negara kita.


tags : , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)