Oleh pada 15 May 2021 kategori

Selepas sekian lama Hamas menyembunyikan bagaimana mereka menerima senjata dan peralatan perang dari luar wilayah Palestin, namun untuk pertama kalinya Hamas memutuskan untuk mendedahkan rahsia ini.

Program "What is Hidden is Greater" disiarkan oleh saluran Qatari Al Jazeera pada 13 September memaparkan rakaman eksklusif yang memperlihatkan anggota Briged Izz al-Din al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, mengumpulkan peluru berpandu Fajr Iran dan Kornet anti-kereta kebal.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Hamas memberitahu bahawa pergerakan itu menerima senjata tersebut melalui darat dan laut, melepasi pangkalan tentera, rondaan penerbangan dan maritim.

Selain itu, mereka juga mendedahkan bahawa pembuatan peluru berpandu baharu dihasilkan dari sisa-sisa peluru berpandu Israel dari perang 2014 di Gaza.

dari mana hamas dapat senjata

Program ini disampaikan oleh wartawan Palestin Tamer al-Mashal dan dihoskan oleh Ismail Haniyeh, ketua biro politik Hamas, dan sejumlah pemimpin tentera Hamas.

Ketika program itu, Haniyeh mendakwa Amerika Syarikat cuba membuka saluran senyap dengan Hamas, tetapi kumpulan itu enggan melakukannya. Dalam pada itu, Amerika Syarikat melabelkan Hamas dan Haniyeh sebagai pengganas.

Duta Besar AS Nathan Sales, koordinator Kementerian Luar Negeri untuk memerangi keganasan, mengecam Haniyeh semasa taklimat media pada 17 September, dengan mengatakan, "Posisi kami sangat jelas. Hamas adalah organisasi pengganas. Kami tidak menganggapnya sebagai entiti politik yang sah,"

ketegangan di gaza

Rami Abu Zubaydah, pakar ketenteraan Palestin dan penyelidik sambilan di Institut Pengajian Mesir, memberitahu, pendedahan tiba-tiba Hamas bertujuan untuk membuktikan bahawa pengepungan [Israel] di Gaza tidak menghalangnya daripada mengembangkan infrastruktur ketenteraannya, memandangkan usaha gigih yang telah mereka lakukan untuk menghadapi rancangan Israel bagi mencegah kedatangan senjata dan peluru serta untuk mengeluarkan komponen peluru berpandu yang ada di dalam negara.

Ini terjadi pada saat kerjasama Arab-Israel muncul dalam usaha untuk melemahkan paksi perlawanan pimpinan Iran yang meliputi Syria, Gaza dan Lebanon. Ini juga muncul setelah adanya persekutuan baru di wilayah ini untuk memberi tekanan terhadap Hamas.

Percubaan Hamas untuk memperoleh senjata dan peralatan perang menghadapi banyak halangan.

Selain Israel, perbatasan Mesir dengan Gaza juga menjadi cabaran buat Hamas. Tentera Mesir mensasarkan terowong sempadan yang digunakan untuk menyeludup senjata ke dalam Gaza.

Juga, lembangan air dalam telah digali di sisi Mesir di sempadan Gaza untuk mencegah penggalian terowong dan menghasilkan zon penampan (buffer zone).

sempadan di gaza

Dinding penampan dibina di sepanjang sempadan kedua-dua negara itu, dan baru-baru ini, pangkalan tentera Berenice didirikan oleh Mesir di pantai selatan Laut Merah pada Januari 2020, dengan dana dari Emiriyah, untuk mencegah Hamas daripada mendapatkan senjata.

Mahmoud Mardawi, anggota biro hubungan nasional Hamas dan bekas pemimpin Briged al-Qassam, memberitahu, "Hamas ingin menjelaskan usaha terdahulu oleh Syria, Iran dan Sudan dalam membekalkan Hamas dengan senjata dan peralatan perang.

Menurut Hamas, ini menjelaskan konspirasi terhadap Sudan untuk menghalang peranannya dalam membantu perjuangan Palestin (merujuk kepada rampasan kuasa 2019 terhadap rejim sebelumnya).

Hamas menjalinkan hubungan yang kuat dengan bekas rejim Sudan iaitu Omar al-Bashir.

Selama bertahun-tahun, Sudan membantu menyeludup senjata ke Semenanjung Gaza melalui Semenanjung Sinai di Mesir. Namun ia terhenti selepas rampasan kuasa terhadap Bashir, membuatkan Sudan memutuskan hubungan dengan gerakan Palestin.

Sebaliknya, Syria telah lama menyokong Hamas di peringkat ketenteraan, sebelum perang saudara meletus di negara itu.

"Sementara itu, Iran terus menyokong kami tanpa sekatan atau syarat," tambah Mahmoud Mardawi.

iran dan hamas

Dalam pada itu, seorang pengedar senjata di Gaza mendedahkan dengan syarat tidak disebutkan namanya bahawa "tentera di Gaza, yang diketuai oleh Hamas, memiliki pelbagai jenis peluru berpandu R-160 dan Fajr-5 Iran dengan jarak 100 kilometer".

Mereka juga memiliki drone dan peluru berpandu anti-kereta kebal dan roket yang dihasilkan oleh Rusia.

Malah, Hamas juga merancang untuk memperoleh peluru berpandu C-704 dari Cina, peluru berpandu anti kapal dengan jarak 35 kilometer dan sistem radar untuk peluru berpandu.

Sumber berkenaan menambah, "Senjata yang diperlukan di Gaza adalah peluru berpandu Grad, Katyusha yang dinaik taraf dengan jarak 40 kilometer, caj anti-perisai, tali pinggang peledak, bom tangan dengan jarak 150 meter, bom tangan roket dan mesingan anti-pesawat,".

Wassef Erekat, bekas komandan unit artileri Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), memberitahu Al-Monitor, "pendedahan Hamas akan memicu lebih banyak kebimbangan Mesir dan membawa kepada Mesir untuk mengetatkan pengepungan di Gaza walaupun senjata pergerakan itu dibuat atau dikitar semula secara tempatan dan mempunyai jangka hayat serta tamat tempoh.

dari mana hamas dapat senjata 2

Senjata ini tidak memenuhi piawaian pengeluaran senjata antarabangsa, dan sejumlah kriteria berbahaya yang boleh mempengaruhinya seperti kelembapan, suhu dan graviti.

Kementerian Pertahanan Israel telah mengeluarkan beberapa laporan mengenai senjata yang diseludup ke Gaza dalam pakej khas yang dihantar dengan bot laju dari pelabuhan Mesir dan Lubnan dan ditinggalkan di Laut Mediterranean.

Malah, ia juga dihantar dalam tong yang dilemparkan dari jarak tertentu ke dalam air dalam pengukuran pergerakan air dan arus udara yang tepat, yang mampu membawanya ke pantai Gaza. 

Menurut kementerian itu, adalah sangat sukar untuk menghentikan operasi seperti itu kerana mustahil untuk memantau setiap sentimeter pantai untuk mencari paket kecil seperti yang dilakukan.

Ketika Hamas memberitahu rahsia mereka ini, kedudukan tentera gerakan di seberang Jalur Gaza disembunyikan untuk mengelakkan serangan Israel. Hamas juga memastikan bahawa mereka menyembunyikan trak yang mengangkut senjata dan bengkel untuk pembuatan senjata.

Rujukan:

1. Al-Monitor

2. Eurasiantimes

3. Guardian




Hakcipta iluminasi.com (2017)