Oleh pada 06 Sep 2017 kategori

Udara segar kini dapat di hirup dengan nyaman sekali di kawasan Barat Laut Pakistan. Kawasan yang bersempadan dengan Afghanistan itu telah berjaya dalam misi memulihara alam semulajadi dalam tempoh dua tahun ini. Pemuliharaan alam ini adalah sebagai sebahagian daripada misi antarabangsa untuk memulihkan beratus-ratus ribu ekar alam semula jadi yang telah merosot akibatan bencana alam dan pemotongan pokok yang berleluasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Khyber Pakhtunkhwa (KP) merupakan sebuah wilayah Pakistan yang telah mencapai pencapaian baru dengan penanaman sebanyak satu bilion pokok dalam tempoh dua tahun. Ia merupakan satu komitmen global bagi memulihkan semula 350,000 hektar hutan dan tanah yang mengalami kemerosatan ekosistem. Inisiatif hijau ini telah dilancarkan oleh bintang kriket Pakistan yang sekarang telah menjadi ahli politik iaitu saudara Imran Khan yang mengetuai parti politik Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI). Imran Khan amat berkerja keras dalam usaha memulihkan hutan yang hilang akibat bencana alam dan tahun pemotongan pokok.

tapak semaian pokok di pakistan

Projek ini yang dikenali sebagai Tsunami Billion Tree bertujuan untuk melambatkan kesan pemanasan global . Pakistan menduduki tempat ketujuh didalam senarai negara-negara yang be kemungkinan besar akan terjejas disebabkan oleh perubahan iklim. Pakistan juga mempunyai kadar penebangan hutan yang tertinggi di Asia.Misi yang telah dikempen oleh Imran Khan sebagai "Billion Tree Tsunami" telah siap lebih awal berbanding tarikh yang dijangka siap iaitu pada Disember 2017. Sejumlah 1 bilion batang pokok berjaya di tanam semula di kawasan tersebut.

Bonn Challenge

memulihkan semula hutan akibat penebangan yang berleluasa

Pencapaian Pakistan ini telah diiktiraf oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) untuk menjadi sebahagian daripada "Bonn Challenge". Apa itu Bonn Challenge? Ia adalah bertujuan untuk memulihara semula beratus-ratus ribu ekar hutan di seluruh dunia yang kebanyakannya telah menghadapi penebangan hutan secara drastik dan tidak terkawal pada tahun-tahun kebelakangan ini. Pakistan adalah negara pertama yang melengkapkan cabaran ini walaupun setakat ini lebih daripada 20 buah negara telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam cabaran ini.

Perubahan iklim

penanaman semula pokok di hutan pakistan

Pihak kerajaan amat berharap dengan pemuliharaan semula hutan di Pakistan dapat membantu menghentikan beberapa kesan buruk terhadap perubahan iklim seperti pemanasan global dan pencemaran. Pakistan dihiasi dengan landskap pergunungan yang mempunyai glasier kini telah terancam akibat perubahan iklim yang menyebabkan glasier tersebut berisiko untuk cair. Dengan penanaman semula pokok-pokok tersebut, ia dapat membantu untuk mengeluarkan gas CO2 dari udara dan menggantikannya dengan oksigen yang akan menyebabkan glasier akan berada dalam keadaan baik.

Projek berjaya dengan cemerlang 

misi pakistan menanam 1 billion pokok berjaya

Penanaman semula 1 bilion pokok di Pakistan membuktikan bahawa negara tersebut telah berjaya di semua peringkat global yang melibatkan alam sekitar,sosial dan ekonomi. Ia merupakan satu aktiviti yang positif dan menggalakkan orang ramai untuk menanam pokok dan ini merupakan salah satu langkah yang tepat untuk membendung bahaya yang akan berlaku akibat daripada kemusnahan alam sekitar.  




Hakcipta iluminasi.com (2017)