Di Malaysia, pendatang daripada Pakistan dan Bangladesh boleh dilihat di mana-mana, terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Siapa sangka kedua-dua etnik ini bermusuhan, sejak berdekad lamanya.

Permusuhan antara kedua negara ini berlaku kerana banyak faktor, namun sebab utamanya lebih kepada ketamakan sesebuah pihak untuk menguasai pihak yang lain. Teruskan membaca untuk fahami isu sebenar antara Pakistan dan Bangladesh.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pakistan Berpecah Daripada India

pakistan berpisah daripada india

Pada Disember 2015, kerajaan Bangladesh memanggil pulang Pesuruhjaya Tinggi nya daripada Pakistan. Hal ini berikutan ketegangan akibat daripada perbicaraan mahkamah berkaitan jenayah perang yang berlaku semasa Perang Pembebasan Bangladesh pada tahun 1971.

Kedua-dua negara ini mempunyai hubungan perdagangan dengan nilau jutaan dolar Amerika setiap tahun, namun masih menghadapi isu pertikaian politik dan sejarah masa lampau.

Jadi mengapa Bangladesh dan Pakistan memusuhi antara satu sama lain? Isu ketara antara kedua-dua negara ini bermula sejak sebelum Bangladesh mendapat kemerdekaan lagi. Apabila British menghentikan penguasaan mereka ke atas India pada tahun 1947, wilayah tersebut telah berpecah kepada Pakistan dan India.

Kedua-dua kawasan ini terbahagi sepanjang garisan keagamaan, dengan Pakistan mempunyai majoriti Muslim, dan India dengan majoriti Hindu.

Bekas wilayah British India, iaitu Bengal yang terletak di bahagian bertentangan dengan Pakistan, juga dipisahkan daripada India kerana majoriti penduduknya beragama Islam. Wilayah tersebut yang terletak timur India dinamakan semula sebagai Pakistan Timur, dan diletakkan di bawah bidang kuasa pentadbiran Pakistan.

Kaitan Antara Etnik Bengali dan Pakistan Timur

peta pakistan barat dan pakistan timur

etnik bengali perang pakistan 797

Secara serta merta, etnik Bengali telah ditindas oleh pemerintah Pakistan mereka yang baharu. Masyarakat Bengali telah dipaksa untuk menuruti budaya Pakistan Barat, dan terdapat usaha keras untuk menggantikan bahasa Bengali dengan bahasa kebangsaan Pakistan, iaitu Urdu.

Selepas beberapa tahun usaha etnik Bengali untuk bebas daripada cengkaman Pakistan Barat melalui kemerdekaan, kerajaan Pakistan akhirnya telah melakukan tindakan di luar jangkaan, yang ramai gelarkan sebagai Pembunuhan Beramai-Ramai Bengali.

Pada Mac 1971, junta (sekumpulan pegawai tentera yang memerintah negara selepas berkuasa) ketenteraan Pakistan telah melancarkan 'Operation Searchlight', di mana tentera berkumpul dan mula menyeksa etnik Bengali, apapun agama mereka.

Tindakan ini telah mencetus Perang Pembebasan Bangladesh. Selama 8 bulan, tentera Pakistan telah membunuh antara setengah hingga 3 juta etnik Bengali, dan merogol sebanyak lebih kurang 400,000 wanita.

Apabila Pakistan mula mengebom sebahagian utara India sepanjang kempen ketenteraan mereka, India secara automatik menjadi sebahagian daripada peperangan tersebut. India berjaya menamatkan perang tersebut hanya dalam masa sebulan sahaja.

Pembebasan Pakistan Timur Daripada Pakistan

bangladesh mendapat kemerdekaan

kemerdekaan bangladesh

Pakistan Timur akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan pada 26 Mac 1971, dan menjadi sebuah kerajaan dengan nama baharu, Bangladesh. Sehingga hari ini, Pakistan enggan mengakui peranan mereka dalam kejadian Pembunuhan Beramai-Ramai Bengali, dan keseluruhan jumlah kematian.

Pada tahun 2000, seorang diplomat Pakistan telah dihalau keluar daripada Bangladesh kerana mendakwa hanya sebanyak 26,000 orang Bengali sahaja yang mati ketika kejadian tersebut.

Selain itu, perbicaraan berkaitan jenayah perang tersebut masih sedang berjalan, dan baru-baru ini, 2 orang pemimpin pembangkang telah dihukum di Bangladesh atas jenayah perang.

Walaupun setelah berpuluh tahun hubungan perdagangan dan ketenteraan semakin baik antara kedua negara, terutamanya sebagai pertahanan menentang ketuanan India di wilayah tersebut, Pakistan dan Bangladesh terus dipisahkan dengan kejadian pembunuhan beramai-ramai yang lalu.

Bangladesh masih menuntut agar Pakistan mengakui akan kekejaman yang dilakukan mereka dahulu. Bangladesh turut memasukkan kejadian kejam tersebut sebagai sebahagian daripada silibus di dalam subjek pelajaran Sejarah mereka di sekolah.

Walaubagaimanapun, Pakistan dengan keras menolak tuntutan Bangladesh, dan turut merujuk kepada seorang pemimpin militan yang dihukum bunuh atas kesalahan jenayah perang sebagai seorang yang 'setia' kepada Pakistan, mengangkatnya sebagai wira.

Ringkasan Konflik Antara Pakistan dan India

konflik pakistan india

Seperti kebanyakan negara lain yang masih menderita dek kerana peperangan lalu, sudah tentu lebih banyak masa diperlukan untuk kedua-dua negara ini untuk menyelesaikan konflik yang ada, dan terus memandang ke hadapan. Bangladesh bukanlah satu-satunya negara di kawasan tersebut yang mempunyai hubungan diplomatik yang renggang dengan Pakistan.

Selama berdekad, India juga turut terpalit dengan konflik bersama Pakistan disebabkan sebuah wilayah yang dikenali sebagai Kashmir. Menurut sejarah, kawasan berkenaan telah didiami oleh penduduk daripada latar belakang yang berbeza, beragama Buddha, Hindu, Islam, Sikh dan lain-lain. Kedua negara ini sudah berkonflik sejak ratusan tahun lalu.

Pada tahun 1846, Kashmir telah diletakkan di bawah kuasa Empayar British. Kawasan tersebut didiami oleh majoriti masyarakat Muslim, namun pemerintahnya yang dipilih oleh British adalah seorang Hindu. Perbezaan dari segi agama menyebabkan konflik bagi merebut Kashmir, terutamanya selepas Perang Dunia ke-2.

Kesimpulan dari kisah perpecahan ini

pakistan bangladesh konflik

Perbezaan etnik dan agama kadang kala boleh menyebabkan berlakunya perang. Namun, sebenarnya ketamakan serta tiada sikap tolak ansur adalah faktor utama yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku. Syukur Malaysia tidak perlu melalui fasa peperangan seperti negara-negara lain untuk mencapai pemodenan seperti hari ini. Syabas rakyat Malaysia kerana boleh bertolak ansur dan bersatu padu walaupun berbeza bangsa dan agama.

Rujukan




Hakcipta iluminasi.com (2017)