Oleh pada 24 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Janna Nick

    

Seorang individu menerusi laman Twitter mendakwa aktres Janna Nick telahpun mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, aktor Dini Azan Schatzmann di selatan Thailand pada tahun lalu.

Netizen atas nama akaun @munafiqburner itu turut berkongsi sekeping keratan yang memperlihatkan nama penuh dan nombor kad pengenalan Janna serta Dini.

Keratan itu mendakwa pasangan ini telahpun melangsungkan perkahwinan di daerah Satul iaitu di selatan Thailand pada 10 Jun 2019.

Berikut adalah paparan keratan yang menjadi tular dan mengundang tanda tanya ramai ini:-

     

suami janna nick

Keratan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @munafiqburner yang sedang menjadi perbualan dan persoalan ramai.

    

Dalam pada itu, sebuah lagi kiriman daripada individu sama turut mendakwa Janna dan kekasihnya yang berdarah kacukan itu kahwin lari di tempat berkenaan.

janna nick kahwin

Status Twitter susulan daripada individu sama yang mendakwa Janna 'kahwin lari' dengan Dini Schatzmann di Thailand.

    

Dalam pada itu, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner ketika dihubungi portal Astro Gempak untuk mengulas mengenai khabar angin yang tersebar, memberi reaksi balas dengan mengatakan dirinya enggan untuk memberi sebarang komen lanjut.

   

dini schatzmann 8

Kredit foto: Instagram Janna Nick

   

Terdahulu, pelakon cantik itu pernah mewar-warkan tentang hubungan cintanya dengan Dini pada November tahun lalu.

Dalam ulasan Janna sebelum ini, dia memberitahu status percintaan mereka yang berputik sejak Jun 2019.

Apapun sama-sama kita nantikan sekiranya beliau sudah bersedia untuk memberi kenyataan lanjut kelak.

     

Baca: Biodata Pelakon Janna Nick

Baca: Biodata Pelakon Dini Schatzmann

    

Sumber berita: Netizen Dakwa Janna Nick Dah Kahwin Lari Tahun Lalu Di Selatan Thai?

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)