Oleh pada 15 Jan 2020 kategori

puteri balqis sakit 485

Kredit foto: Youtube TV3 Malaysia Official

    

Pelakon remaja, Puteri Balqis menafikan dakwaan kononnya ibunya merupakan seorang penagih dadah seperti yang dilemparkan oleh seorang individu dipercayai daripada kalangan ahli keluarga mereka sendiri.

Puteri Balqis Azizi atau nama panggilannya, Aqish, 13, mengulas tuduhan itu menerusi laman sosial Instagramnya atas nama @rockingbalqis.

“Puteri tahu apa itu dadah. Kadang-kadang waktu kami berjalan pada awal pagi, kami sering ditahan polis tapi ibu dilepaskan kerana tidak mengambil dadah," antara tulisannya dalam entri panjang lebar tersebut.

     

bapa puteri balqis 555

Kredit foto: Instagram Puteri Balqis

    

Sementara itu, beliau yang merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga, berkata, masalah hidup yang didepani memberi kesan terhadap fizikal ibunya hingga kelihatan kurus.

Menurut Balqis, ibunya sanggup mengorbankan waktu tidur demi menjaganya yang terlantar sakit, selain mengalami tekanan perasaan kerana dugaan yang menimpa.

“Fizikal ibu kurus kerana tidak makan, tidak cukup tidur dan depression.

"Sewaktu Puteri sakit, ibu tidak tidur kerana takut Puteri sakit ketika tidur,” luahnya.

Antara lain, Balqis mendedahkan keputusannya yang enggan lagi berada dalam dunia seni kerana ingin mengecapi ketenangan tanpa perlu berdepan dengan golongan terbabit.

Terdahulu, Balqis mencuri perhatian ramai selepas kisah kehidupannya yang berubah secara drastik dipaparkan dalam rancangan Bersamamu.

    

Kredit video: Puteri Balqis, Puteri Yang Diduga | MHI (13 Januari 2020)

    

Sumber berita: Peringatan Puteri Balqis untuk Nabila Huda - “Saya diuji dengan kesusahan, auntie diuji dengan kemewahan”

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)