puteri balqis mohon maaf kepada mia sara

Kredit: Instagram @morosechild@therealmiasara

 

Baru-baru ini, pelakon Puteri Balqis meluahkan kekecewaan berhubung komen dibuat rakan seindustrinya, Mia Sara menerusi TikTok yang mendakwa dirinya dibesarkan tanpa didikan agama.

 

Menerusi sebuah video di Instagram, Puteri Balqis kemudiannya meminta ampun atas kenyataan balasnya itu dan menegaskan tuduhan tersebut telah menyakiti hati keluarganya yang tidak menjaga tepi kain orang.

  

 

"Saya ingin memohon maaf kepada awak; ayah awak, Uncle Ridhuan; dan semua rakan serta penyokong awak.

 

"Aqish dan ibu membuat hal sendiri dan tidak mengacau kehidupan orang lain. Jadi, saya tersinggung dengan kata-kata awak yang kononnya saya tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga.

 

"Ia suatu fitnah yang besar. Apabila awak menyebut keluarga saya, satu-satunya keluarga yang saya ada ialah ibu saya," ujarnya.

  

 

Berharap perkara sama tidak berlaku lagi, beliau mahu Mia Sara belajar dari kesilapannya dan mengingatkan mereka di luar sana supaya sentiasa tabah jika menjadi mangsa tohmahan sepertinya.

 

"Tolong jangan ulangi segala perkara yang telah awak lakukan pada saya. Semoga awak dapat kembali membuat kehidupan sendiri.

 

"Buat penyokong saya, biarlah orang menilai dan mengada-adakan cerita tentang kita kerana tiada apa-apa yang perlu dibuktikan. Teruskan berbuat baik," akhirinya.

 

Komen Pilihan

  

mia sara dan puteri balqis

 

"Tiada sesiapa yang bersalah dalam hal ini. Permohonan maaf Puteri Balqis menunjukkannya seorang yang baik dan rendah hati.

 

"Jika Mia Sara mahu berbuat perkara sama, tidak perlukan bukti untuk ditunjuk kepada netizen. Boleh minta maaf sendiri pada Puteri Balqis," tulis seorang netizen.

 

Sumber: Instagram Puteri Balqis



Hakcipta iluminasi.com (2017)