Cotard Delusion atau Khayalann Cotard adalah keadaan yang jarang berlaku di mana pesakit mempunyai kepercayaan palsu atau khayalan bahawa dirinya atau sebahagian badannya sudah mati atau tidak wujud. Keadaan ini selalunya berlaku akibat kemurungan yang teruk dan beberapa gangguan psikotik. 

Ia juga boleh terjadi akibat penyakit mental dan keadaan neurologi yang lain. Penyakit ini juga mempunyai beberapa gelaran antaranya sindrom mayat berjalan, sindrom Cotard, atau khayalan nihilistik (nihilistic delusion). Penyakit ini sangat jarang ditemuii dengan hanya 200 kes sahaja yang dilaporkan di seluruh dunia. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Simptom penyakit 

depresi 739

Salah satu gejala utama penyakit ini adalah nihilisme. Nihilisme adalah kepercayaan bahawa diri mereka tidak mempunyai nilai atau makna. Ini juga boleh merangkumi kepercayaan bahawa tidak ada yang benar-benar wujud.  

Orang dengan penyakit ini merasa seolah-olah mereka sudah mati atau membusuk. Dalam beberapa kes, mereka mungkin merasa tidak pernah ada. Walaupun sebilangan pesakit mempunyai perasaan seperti ini terhadap seluruh tubuh mereka, ada pesakit hanya merasakannya bahawa organ, anggota badan, atau jiwa mereka sahaja yang sudah mati. 

Pesakit dengan sindrom ini sering menjadi kurang bersosial. Kadang-kadang, mereka mungkin tidak bercakap sama sekali. Ada yang mendengar suara bisikan halus yang mengatakan bahawa mereka sudah mati. Sebahagian besar juga enggan makan kerana mereka merasakan tidak ada gunanya makan kerana mereka sudah "mati".  

Ada juga pesakit yang cuba mencederakan diri sendiri. Analisis statistik terhadap 100 pesakit mendapati bahawa 45% daripadanya menunjukkan penolakan kewujudan diri manakala 55% pesakit lain mengalami khayalan keabadian. 

Sejarah penemuan 

jules cotard 179

Nama penyakit ini diberi berdasarkan nama seorang doktor yang menemuinya. Pada tahun 1880, pakar neurologi Jules Cotard menggambarkan keadaan ini sebagai Le délire des négations ("The Delirium of Negation"), iaitu sindrom psikiatri dengan keparahan yang berbeza-beza. 

Penyakit ini menjadikan pesakit yang mengalaminya menjauhi orang lain dan mula mengabaikan kebersihan diri dan kesihatan fizikal mereka. Khayalan penolakan diri menghalang pesakit untuk memahami realiti luaran yang kemudian menghasilkan pandangan yang terpesong terhadap dunia luaran.

Khayalan penolakan seperti ini biasanya terdapat pada pesakit skizofrenia. Walaupun diagnosis sindrom Cotard tidak memerlukan pesakit mengalami halusinasi, simpton khayalan penolakan yang kuat dapat dibandingkan dengan yang terdapat pada pesakit skizofrenia.

Penyelidik tidak pasti apa yang menyebabkan khayalan Cotard, tetapi ada beberapa kemungkinan faktor atau risiko ianya terjadi. Beberapa kajian menunjukkan bahawa usia rata-rata pesakit yang mempunyai pesakit ini adalah sekitar 50. Namun, ia juga boleh berlaku pada kanak-kanak dan remaja.

Individu di bawah umur 25 tahun dengan khayalan Cotard cenderung juga mengalami kemurungan bipolar. Wanita juga tidak terkecuali mempunyai risiko mendapat penyakit ini.

Selain itu, khayalan Cotard nampaknya sering berlaku pada orang yang menganggap ciri peribadi mereka dan bukannya persekitarannya, menyebabkan tingkah laku mereka. Orang yang percaya bahawa persekitaran mereka menyebabkan tingkah laku mereka mempunyai keadaan yang berkaitan dengan penyakit dikenali sebagai sindrom Capgras.

Kes-kes Cotard Delusion yang dilaporkan 

scan otak pesakit cotard delusion

Sindrom Cotard biasanya dijumpai pada orang yang menderita psikosis, seperti pada skizofrenia. Ia juga dijumpai pada pesakit yang mengalami kemurungan klinikal, mempunyai tumor otak dan sakit kepala migrain. Jurnal perubatan menunjukkan bahawa kejadian khayalan Cotard ini dikaitkan dengan bahagian "lesions" pada "lobus parietal" di otak.

Seorang pesakit yang hanya dikenal "WI" (namanya dirahsiakan atas alasan privasi), didiagnosis dengan penyakit ini setelah mengalami kerosakan otak traumatik. Kerosakan pada hemisfera serebrum, lobus frontal, dan sistem ventrikel dapat dipastikan dengan jelas oleh doktor setelah pesakit menjalani pemeriksaan magnetic resonance imaging (MRI) dan imbasan computed tomography (CT).

Pada Januari 1990, WI telah dipindahkan ke bahagian rawatan pesakit luar setelah dipercayai sembuh. Walau bagaimanapun, dia terus mengalami kesulitan penglihatan yang berterusan yang menyebabkan doktor memintanya melakukan penilaian oftalmologi. Ujian visual tersebut kemudian membawa kepada penemuan kerosakan lebih lanjut pada otaknya.

Selepas beberapa bulan setelah trauma awal, WI terus mengalami kesukaran untuk mengenali wajah, tempat, dan objek. Dia juga yakin bahawa dia sudah mati dan mengalami perasaan derealisasi. Kemudian pada tahun 1990, setelah keluar dari hospital, WI yakin bahawa dia telah pergi ke Neraka setelah mati sama ada disebabkan oleh AIDS atau sepsis.

koma masuk neraka

Dalam satu kes yang dikenali sebagai "Mademoiselle X", seorang wanita menafikan adanya bahagian tubuhnya dan keperluannya untuk makan. Dia mengatakan bahawa dia mendengar bisikan bahawa dia sudah mati, keadaan pelik yang diberi nama "The Delirium of Negation". Wanita tersebut akhirnya mati kelaparan.

Pada tahun 2008, seorang psikiatri di New York melaporkan ada pesakit berusia 53 tahun dikenali sebagai Ms. Lee yang mengadu bahawa dia telah mati dan berbau seperti daging busuk. Dia meminta keluarganya untuk membawanya ke bilik mayat supaya dia dapat bersama orang mati yang lain. Mereka mendail 911 untuk mendapatkan bantuan.  

Lee dimasukkan ke unit psikiatri, di mana dia menuduh paramedik cuba membakar rumahnya. Setelah sebulan atau lebih mengambil ubat yang disarankan oleh doktor, dia akhirnya beransur pulih daripada penyakit yang sangat pelik dan jarang ditemui ini.

Kredit:

  1. Healthline
  2. Mentalfloss
  3. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)