Kredit gambar: Ilya Naymushin/REUTERS

Dalam usaha membendung risiko kepupusan harimau, kerajaan China baru sahaja meluluskan usul untuk mewartakan sebuah taman negara yang terletak di bahagian utara negara itu bagi membendundung kepupusan harimau. Tujuan utama penubuhan taman negara ini adalah bagi melindungi dua spesis harimau yang hampir pupus - harimau bintang Amur (Amur leapard) dan harimau Siberia (Siberian tiger).

Taman negara yang bakal ditubuhkan ini akan terletak di daerah Jilin dan Heilongjiang dan bakal mempunyai keluasan seluas 1450393 hektar, iaitu 60 peratus lebih besar Taman Negara Yellowstone di Amerika Syarikat. Pelan komprehensif mengenai rancangan penubuhan taman negara ini dijangka dibentangkan sebelum tahun 2020. 

taman negara jilin Kredit gambar: The Washington Post

Harimau bintang Amur (Amur Leapard) dan Harimau Siberia (Siberian tiger) 

 Mengikut perangkaan terkini, harimau bintang Amur (Amur leapard) dan harimau Siberia (Siberian tiger) merupakan antara spesis harimau yang diancam kepupusan. Mengikut statistik, pada 2007, hanya kira-kira 30 sahaja Amur Leapard yang terdapat di kawasan liar. Mengikut maklumat daripada pertubuhan "The International Union for Conservation of Nature", Amur Leapard telah pupus daripada China dan Korea - kawasan yang pada suatu ketika dahulu merupakan tempat pembiakannya harimau ini. Mengikut maklumat pengkaji, harimau ini masih terdapat dalam jumlah yang sedikit di daerah Primorsky yang terletak di Rusia. Walaubagaimanapun, ianya dijangka berkurangan akibat daripada aktiviti pemburuan, penerokaan hutan dan perubahan cuaca. 

 Usaha Yang Harus Dipuji  

Usaha China dalam memelihara agar dua spesis harimau ini daripada terus pupus merupakan sebuah usaha yang terpuji dan mendapat pujian daripada pengkaji dan para pencinta haiwan. Dengan pewartaan taman negara ini ianya dapat memastikan haiwan-haiwan tidak terdedah kepada pemburuan haram dan ancaman-ancaman lain yang boleh menyebabkan kepupusannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)