Oleh pada 20 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Youtube Rotikayahq 

Kisah selebriti dikecam bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri hiburan. Apatah lagi di zaman media sosial ini, hampir setiap hari ada sahaja berita hiburan yang melaporkan tentang kritikan netizen terhadap para selebriti.

Baru-baru ini, aktres Rita Rudaini pula yang menjadi mangsa.

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik oleh Rita di akaun Instagramnya, salah seorang pengikutnya kelihatan tidak berpuas hati dengan gaya potongan rambut anak Rita iaitu Airit Qaqa Arjuna.

Individu tersebut berasa bimbang sekiranya anak aktres itu akan membesar dengan fitrah seorang perempuan kerana memiliki fesyen rambut yang feminin.

bodoh piang tu jangan tunjuk sangat rita rudaini mengamuk 2

Kredit foto: Beautifulnara & Instagram Rita Rudaini

Kenapa rambut macam perempuan? Kalau lelaki buat cara lelaki. Ini dah dididik jadi perempuan, esok jadi Nur Sajat padan muka.

Barangkali kerana cara tegurannya yang agak keterlaluan, ramai peminat Rita yang marah dan mengecam semula individu berkenaan.

Rata-ratanya berpendapat, imej rambut seseorang tidak akan mempengaruhi keperibadiannya kerana ramai juga lelaki maskulin hari ini yang berambut panjang. 

bodoh piang tu jangan tunjuk sangat rita rudaini mengamuk 3

Kredit foto: Beautifulnara & Instagram Rita Rudaini

Rita turut tidak ketinggalan memberikan respon yang agak "padu". 

bodoh piang tu jangan tunjuk sangat rita rudaini mengamuk 4

Kredit foto: Beautifulnara & Instagram Rita Rudaini 




Hakcipta iluminasi.com (2017)