Oleh pada 19 Apr 2017 kategori

Kredit foto: yourlisten.com

Pernah dikaitkan dengan kontroversi sebagai orang ketiga dalam rumahtangga Aqasha, segelintir peminatnya dilaporkan mempertikaikan prinsip Rita Rudaini yang dipegangnya suatu ketika dahulu iaitu tidak suka dengan perampas suami orang.

Menjawab isu berkenaan, Rita menafikan dirinya seorang anti-poligami dan tidak menolak untuk hidup bermadu.

Saya tidak pernah cakap anti -poligami, tidak pernah. Cuma saya tidak suka kepada perampas rumah tangga orang. Sesiapa pun tidak suka, kalau ada perempuan datang dan ambil suami kita, disuruhnya ceraikan isteri pertama, itu sudah salah.

 
Sedangkan dalam agama sendiri dibolehkan berpoligami dengan syarat-syarat dan kepatuhan-kepatuhan tertentu, kenapa pandang keji? Saya sendiri tidak pernah pun mengeji wanita yang berstatus isteri kedua atau ketiga. Tidak pernah.

Apa-apa pun, mungkin kenyataan tersebut sedikit sebanyak memberi peluang kepada lelaki-lelaki diluar sana yang sudah berkahwin untuk menawan hati Rita.

Sumber: Malay Mail Online & beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)