Oleh pada 30 Mar 2017 kategori

Kredit foto: MH Online

Meskipun namanya terus-menerus dikaitkan dengan masalah keretakan rumah tangga Aqasha dan Baizura, namun pelakon Rita Rudaini tetap enggan mengeluarkan sebarang komen. 

Bagaimanapun baru-baru ini, pelakon yang juga ibu tunggal tersebut akhirnya tampil memberi kenyataan ringkas berkenaan isu tersebut. 

Menurut Rita, beliau sudah enggan mengambil pusing kata-kata orang terhadapnya. Sebagai ibu tunggal berkerjaya, dia juga tidak akan membiarkan isu tersebut mengganggu fokus dan tugasan sehariannya. 

Saya tak mahu komen apa-apa. Tak perlu saya panjangkan isu ini. Saya tak kisah apa yang berlaku dan apa yang diperkatakan orang. Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap. Biarlah apa saja tanggapan orang terhadap saya. Apa yang penting saya fokus dengan apa yang dilakukan. Saya lebih fokus terhadap perkara yang dicintai. Kerjaya saya harus diteruskan dan apa yang saya mulakan tidak boleh terhenti begitu saja. Saya ada anak untuk dibesarkan. 

Sumber: BH Plus

Terdahulu, seorang pelakon wanita bergelar ibu tunggal didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aqasha. Isu tersebut bertambah panas apabila abang ipar Aqasha tampil mendedahkan Rita Rudaini sebagai pelakon wanita yang dimaksudkan. 

rita 3

Kredit foto: Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)