Satu ketika dahulu, Malaysia juga mempunyai rancangan TV "Who wants to be a millionaire" yang dihoskan oleh Dato Jalaludin Hassan. Ia ditayangkan pada tahun 2000 dan ditamatkan 2 tahun kemudian.

Anda perlu menjawab 15 soalan untuk memenangi wang tunai berjumlah RM1 juta. Bunyi macam mudah, tetapi ramai mereka daripada kalangan berpendidikan seperti doktor dan peguam gagal memenangi rancangan ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di United Kingdom, rancangan ini menjadi kontroversi selepas seorang pemenang telah berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul dan memenangi wang tunai 1 juta pound sterling, dengan cara menipu.

charles ingram pemenang who wants to be a millionaire dengan menipu 483

Charles Ingram, bekas Tentera Darat British telah dituduh menipu dalam memenangi rancangan ini dibantu isterinya, Diana Ingram dan seorang lagi peserta, Tecwen Whittock yang merupakan seorang pensyarah.

Dikenali sebagai "Coughing Major", mereka menggunakan helah di mana modus operandinya adalah batuk apabila jawapan yang betul disebut oleh Charles.

charles ingram pemenang who wants to be a millionaire dengan menipu 6

Pada 9 dan 10 September 2001, Charles menjadi peserta ITV dalam rancangan ini. Sebelum penampilan Charles, isterinya Diana dan adiknya Adrian Pollock telah menjadi peserta, namun tewas dan hanya berjaya memenangi wang tunai £32,000.

Perjalanan Charles dalam rancangan ini kelihatan begitu lancar baginya, namun tidak bagi pengacara dan syarikat produksi Celador. Namun, mereka tidak menipu 100% dalam rancangan ini.

Pertamanya, Charles bergantung kepada nasib untuk dipilih untuk menjadi peserta yang bertanding di kerusi utama.

Dalam acara saringan, selepas gagal sebanyak 2 kali, Charles akhirnya berjaya menjadi peserta terpantas dengan jawapan yang betul, membolehkannya bertanding merebut wang 1 juta. Dia tidak menipu dalam acara saringan.

charles ingram pemenang who wants to be a millionaire dengan menipu 4

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Ijazah Sarjana Pengurusan Korporat, Charles dilihatkan mempunyai peluang untuk membawa pulang sejumlah wang yang besar, namun tiada siapa yang menyangkakan bahawa dia akan menang.

Charles menjawab soalan pertama sehingga ke-5 tanpa sebarang masalah, memberikannya wang tunai £1,000. Namun, perjalanannya kelihatan sedikit tersadung apabila dia menggunakan 2 talian hayatnya di tahap soalan ke 7 (£4,000).

Selepas menjawab soalan ke-7, masa rakaman telah tamat membuatkan ia terpaksa bersambung pada episod seterusnya. Ketika ini, melihatkan prestasinya, pihak rakaman meragui jika dia mampu ke peringkat seterusnya.

charles ingram pemenang who wants to be a millionaire dengan menipu 5

Rakaman sambungan dilakukan keesokan harinya pada 10 September 2001. Dan ketika inilah Charles menggunakan helahnya dibantu oleh isteri dan rakannya. Charles memberitahu hos bahawa strateginya adalah mengambil masa untuk berfikir, padahal dia mempunyai helah.

Ketika soalan ke-8, Charles yang tidak tahu jawapan, telah membacakan setiap pilihan jawapan yang ada.

Dan ketika membaca jawapan "C", kedengaran bunyi batuk dari bahagian penonton, yang mana ia menandakan jawapan yang betul bagi soalan itu. Tiada siapa yang menyedari modus operandi mereka.

charles ingram pemenang who wants to be a millionaire dengan menipu 7

Tanpa ragu-ragu, walaupun dia tidak tahu jawapannya, Charles menjawab jawapan C, dan berjaya mencapai tahap £8,000. Namun pada soalan ke-9, dia menjawab dengan betul tanpa bantuan, membuatkan tidak timbul rasa curiga oleh pihak produksi. 

Pada soalan ke-10 bernilai £32,000, Charles seolah-olah mendedahkan dirinya, dengan memberitahu dia tidak kenal siapa Craig David (jawapan dalam soalan). Dan ketika memberitahu, kamera dihalakan ke arah isterinya yang duduk di kerusi penonton, yang menunjukkan raut wajah cemas dan tidak senang.

charles ingram pemenang who wants to be a millionaire dengan menipu 9

Charles kemudiannya menggunakan talian hayat 50-50 dan jawapan yang masih ada adalah C (A1) dan juga D (Craig David). Ketika ini, dia berkata dia berasakan jawapannya adalah C. Namun, bunyi batuk tidak kedengaran.

Dia mengambil sedikit masa dan berkata "Saya tidak pernah mendengar nama Craig David", dan seketika kemudian kedengaran bunyi batuk daripada isterinya. Sekali lagi, Charles berkata dia rasa jawapannya adalah C (A1). 

Tidak yakin atau keliru dengan bunyi batuk daripada isterinya, Charles sekali lagi menyebut pilihan jawapan, dan kali ini isterinya batuk buat kali kedua. Charles yang masih gugup tiba-tiba berkata dengan yakin, "Saya nak jawab C", dan muka isterinya kelihatan sangat tidak senang.

charles ingram pemenang who wants to be a millionaire dengan menipu 0

Charles menjelaskan bahawa 80% daripada tekaannya adalah salah, membuatkannya menukar jawapan kepada D (Craig David), dan mengunci jawapan tersebut. Dan ternyata sekali jawapan tersebut betul.

Adalah sangat pelik bagi seseorang yang tidak pernah mendengar nama Craig David, untuk menjawab pilihan jawapan tersebut. Namun, pihak produksi masih belum menyedarinya.

Mendapat kepastian selepas mendengar beberapa kali bunyi batuk ketika membacakan pilihan jawapan, Charles berjaya menjawab soalan ke-11 yang bernilai £64,000.

charles ingram pemenang who wants to be a millionaire dengan menipu 3 666

Sama seperti pada soalan ke-12 bernilai £125,000, dua kali bunyi batuk berturut-turut kedengaran, membantu Charles menjawab soalan tersebut. Namun ketika ini pengacara sudah mula memerli Charles, seakan-akan dia sudah menyedari apa yang berlaku.

Bagi setiap soalan seterusnya, Charles menunjukkan keraguan kepada semua yang hadir kerana dia sering meneka jawapan yang salah, kemudiannya beralih kepada jawapan lain, selepas mendapat bantuan.

Soalan bernilai £1 juta

charles ingram pemenang who wants to be a millionaire dengan menipu 01

Teknik yang sama digunakan sehinggalah Charles sampai ke soalan terakhir iaitu soalan ke-15. Kali ini, ia amat jelas beliau cuba menipu. Soalannya adalah seeprti berikut:

"Satu nombor yang diikuti dengan seratus digit 0 dikenali sebagai apa?"

A. Googol

B. Megatron

C. Gigabit

D. Nanomole

Charles mula dengan meneka jawapannya mungkin D (Nanomole), dan juga mungkin C (Gigabit). Dia kemudiannya menyambung dengan berkata:

"Saya rasa bukan B, dan saya tak rasa saya pernah dengar jawapan A (Googol)." 

Dan sejurus selepas dia menyebut Googol, bunyi batuk jelas kedengaran. Kamera sekali lagi menunjukkan isterinya dalam keadaan cemas. 

Charles sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak tahu apa maksud Googol, dan isterinya kelihatan seperti berang kerana Charles membuktikan bahawa dia tak tahu apa itu Googol. Jadi, jika dia menjawab Googol, ia pasti sangat mencurigakan.

charles ingram pemenang who wants to be a millionaire dengan menipu 02

Sekali lagi batuk kedengaran, dan kali ini Charles benar-benar mencetuskan keraguan apabila memilih jawapan yang dia tak pernah dengar sebelum ini yang merisikokan wang sebanyak £468,000 jika salah.

Ketika menyebut Googol buat kali terakhir, bunyi batuk terakhir kedengaran membuatkan Charles mengunci jawapan A, Google. Seperti yang dirancangkan, jawapan tersebut adalah betul, menjadikan Charles jutawan serta-merta.

charles ingram pemenang who wants to be a millionaire dengan menipu 05

Ketika Charles dan isterinya beranggapan bahawa mereka telah menang, syarikat produksi menggantungkan pembayaran wang £1 juta atas alasan berlaku penipuan. Mereka menuduh Charles melakukan penipuan menggunakan helah.

Antara sebab yang membuatkan pihak produksi syak adalah tingkahlaku Charles yang sangat pelik kerana memilih kebanyakan jawapan daripada pilihan jawapan yang dia tidak yakin pada awalnya, atau pun tidak pernah mendengar jawapan tersebut.

Pihak produksi dibantu oleh penyiasat dan pihak polis akhirnya yakin bahawa mereka melakukan penipuan dengan menggunakan taktik batuk, lalu mendakwa Charles, Diana dan Tecwen di mahkamah.

charles ingram pemenang who wants to be a millionaire dengan menipu 04 949

Setelah dibicarakan, Charles Ingram dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan tergantung, bermakna dia tidak dipenjarakan sebaliknya diberikan masa berkelakuan baik di bawah pengawasan.

Diana dan Tecwen masing-masing dijatuhkan hukuman 4 dan 5 bulan berkelakuan baik. Pada tahun 2005, Charles diisytiharkan muflis dan diikuti isterinya pada tahun 2006.

Menurut pihak produksi, jika Charles berhenti di tahap £125,000 atau £250,000, mereka mungkin tidak mengesyaki corak batuk dan penipuan tersebut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)