Sindrom Terowong Karpus (Carpal Tunnel Syndrome, CTS) terjadi sekiranya saraf median tersepit pada pergelangan tangan yang disebabkan oleh terowong pada sendi menjadi semakin menyempit. Saraf median dan sembilan tendon lain yang membolehkan pergerakan tangan dilindungi oleh terowong ini.

Tangan dan pergelangan tangan sering digunakan tanpa henti dalam aktiviti kita sehari-hari. Menaip di komputer, menggunakan telefon bimbit, memasak, memandu - pendek kata semua perkara pun kita gunakan tangan. Oleh sebab itu kita harus seboleh-bolehnya elakkan diri daripada terkena sindrom CTS ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sekiranya penggunaan berulang-ulang mengakibatkan terdapat tekanan pada saraf median, seorang pesakit akan merasa kebas, sakit dan seterusnya lemah di bahagian tangan. Tanda-tanda awal seperti kebas di hujung jari boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan sekiranya tidak dirawat.

carpal tunnel rawatan tekanan akupunktur acupressure

Terdapat pelbagai jenis rawatan untuk pesakit CTS seperti merehatkan tangan dengan pek ais, memakai anduh pergelangan tangan, ubatan seperti steroid dan non-steroidal anti-inflammatory drug ataupun pembedahan jika simptom bertambah teruk.

Jadi, sebelum melarat sehingga memerlukan pembedahan, boleh cuba dulu rawatan shiatsu atau tekanan akupunktur ini sendiri di rumah. Kalau ada rasa lenguh-lenguh tangan pun sesuai buat latihan ini.

Kalau tak hilang juga simptom anda, berjumpalah doktor dengan segera untuk nasihat lebih lanjut daripada pakar. Video ini sekadar bantuan untuk melegakan tanda-tanda awal je. Sebab saya sendiri dah cuba, memang berkesan!




Hakcipta iluminasi.com (2017)