Kredit foto: The Star

    

Susulan penularan virus Covid-19 yang mengancam ekonomi masyarakat tatkala ini, semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun dibenarkan untuk membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2.

Bagaimanapun kadar maksimum pengeluaran bagi setiap pencarum dibenarkan hanya RM500 sebulan sahaja untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan boleh dilakukan bermula 1 April 2020.

       

kwsp online

Kredit foto: Facebook KWSP Malaysia

         

Inisiatif ini dijangka bakal memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

Tiga kaedah pendaftaran pengeluaran kemudahan i-Lestari adalah seperti berikut:-

    

1. Emel

2. Pos

3. Secara dalam talian

    

Pendaftaran menggunakan emel dan pos akan bermula pada 1 April 2020, manakala pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat mulai 1 Mei 2020.

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing mulai bulan Mei.

Dalam pada itu, info lanjut mengenai kaedah permohonan hanya akan akan didedahkan dalam pengumuman susulan daripada pihak kerajaan pada 31 Mac nanti.

Sementara itu, pihak KWSP mencadangkan agar ahlinya memilih untuk membuat pendaftaran secara dalam talian kerana prosesnya yang mengambil masa selama tiga hari sahaja.

Manakala permohonan menggunakan emel dan pos pula memerlukan pengesahan manual yang lebih terperinci dengan tujuan untuk melindungi keselamatan akaun ahli, justeru proses ini bakal mengambil tempoh masa yang lebih panjang.

Namun apa yang lebih penting, ahli perlulah menuruti mana-mana kaedah pengeluaran seperti yang dinyatakan kerana mereka tidak perlu datang ke mana-mana cawangan KWSP dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Selebihnya, semua ahli juga diminta untuk berhati-hati sekiranya ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dengan melakukan sebarang skim penipuan.

Sebarang urusan hanyalah melibatkan pihak KWSP yang sah sahaja.

    

Sumber berita: Pendaftaran i-Lestari melalui emel dan pos [METROTV]

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)