Oleh pada 16 May 2017 kategori

Makanan rutin yang paling simple dan basic bagi kita orang Malaysia adalah nasi. Ya, nasi putih dihidang bersama pelbagai jenis lauk merupakan makan ruji kita. Ada orang yang hidup dia kalau sehari tak makan nasi, boleh lembik habis satu badan. Sebagai contoh terdekat seperti team iluminasi boleh kekeringan idea dan lembik jika tak makan nasi walaupun sehari.

 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kalau bab masak nasi ni ada saja masalah kalau tak kena caranya. Nasi lembik, nasi kering dan jadi keras macam batu, nasi sudah jadi bubur pun ada juga. Jadi, pada kali ini pihak kami  nak ajar sikit cara-cara untuk masak nasi putih secara berilmiah dan sopan santun supaya beras menjadi nasi yang di idamkan.

Tips masak nasi

Yang pertama mestilah kita sukat dulu beras yang hendak kita masukkan dalam periuk. Satu pot ,dua pot atau tiga pot pon boleh ikut berapa ramai yang nak makan. Kalau dalam rumah kami ni, semua jenis melantak makan maka 3 pot cukup sesuai untuk 5-6 orang makan. Anda tahu apa itu pot? Pot itu adalah bekas untuk kita sukat beras.

pot kredit gambar jijuzera blog

Apabila sudah masukkan beras dalam periuk maka kena lakukan pemeriksaan dahulu. Mana tahu jika terdapat  bendasing yang tak sepatutnya berada dalam beras tersebut. Jika ada bendasing tersebut maka segeralah buang bendasing tersebut. Kadang-kadang terdapat bubuk didalam beras. Kadang itu bendasing ada sebab anda simpan di dalam tempat gelap dan tak tertutup pula tu. Jadi pastikan tempat simpan beras anda selamat dan bersih.

Selepas itu basuh beras tersebut, jangan pula basuh menggunakan sabun. Basuh pakai air bersih, bilas 5-6 kali sampai la yakin dah bersih dan air dalam periuk tu tak putih sangat. Jernih sikit-sikit pun sudah memadai. Air basuhan beras tu boleh buat basuh muka sebab boleh membuatkan muka kita kelihatan lebih cerah. Jimatkan, dari anda membeli produk pencuci muka. Sambil basuh beras itu, banyak-banyakan berselewat supaya nasi kita nanti lebih barakah.

Bahagaian yang terakhir ialah sukat air untuk beras. Anda boleh menggunakan hujung jari telunjuk untuk menyukat air. Masukkan air dan dan sukat dari hujung jari ke bahagian pertengahan awal jari telunjuk anda.

Tetapi jika terlebih sedikit dari itu tidak mengapa, tidaklah lembik nasinya. sedikit sahaja terlebih tidak mengapa, cuma jangan terkurang pula sebab nasi akan menjadi keras bila masaknya atau mungkin nasi menjadi mentah.

sukat air

Tudungkan periuk dan tekan suis Cook pada periuk nasi elektrik dan biarkan. Kalau anda nak tunggu depan periuk pun boleh sampai masak. Jika anda menggunakan dapur gas pastikan anda mengecilkan api setelah air pada nasi mulai kering. Tudungkan periuk setelah anda kecilkan api pada dapur anda.

Selamat mencuba 




Hakcipta iluminasi.com (2017)