Oleh pada 25 Apr 2017 kategori

emma morano manusia tertua menurut cnn

Baru-baru ini pada tanggal 17 April 2017, laman berita CNN telah melaporkan tentang kematian seorang manusia tertua yang pernah hidup di abad ini. Emma Morano yang dilahirkan pada 29 November 1899 dikhabarkan telah meninggal dunia pada umur 117 tahun. Pihak iluminasi.com telah membuat sedikit carian di internet mengenai manusia tertua di dunia namun tidak dijumpai yang melebihi rekod Emma Morano (untuk abad ini sahaja).

Namun, berita yang dilaporkan BERNAMA mengenai seorang nenek berumur 115 tahun dan masih mampu membancuh kopi sendiri pada lima tahun lepas masih segar di ingatan penulis. Dan lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui individu tertua di Malaysia ini masih hidup sehingga kini. Jadi terbukti laporan CNN adalah tidak benar sama sekali mengenai manusia tertua di dunia itu.

puan binti ahmad kelahiran kokdiang

Manusia tertua di dunia berumur 121 tahun

Puan Binti Ahmad dilahirkan pada 12 April 1896 di Kodiang, Kedah. Menurut laporan TheStar Online, Puan Binti Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Puan, pernah memiliki enam orang suami. Beliau menceritakan bahawa rahsia kesihatan tubuh badannya adalah dengan mengamalkan makan ulam-ulaman sejak kecil. Beliau juga cuma mengamalkan perubatan tradisional untuk masalah kesihatan yang tidak kritikal.

Pendengaran Tok Puan masih baik walaupun sudah berumur 121 tahun. Cuma penglihatannya agak kabur sedikit. Tok Puan masih mampu bergerak tanpa pertolongan sesiapa dan mampu memasak serta membancuh kopi untuk dirinya sendiri. Dewasa kini, disebabkan sudah berumur Tok Puan lebih memperbanyak berehat dari membuat kerja-kerja rumah.

Puan yang menetap di Kuala Sanglang mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, dilaporkan baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 pada 12 April lalu ekoran kekeliruan pada MyKad miliknya itu.

puan binti ahmad bersama cucu di kuala sanglang

Masalah sistem pendaftaran

Menurut laporan dari SinarHarian pada tahun 2012, sistem pendaftaran telah mengesahkan bahawa Puan Binti Ahmad hanya berumur 15 tahun justeru membuatkan beliau gagal untuk memohon BR1M pada ketika itu. Disebabkan perkara inilah menyebabkan Puan Binti Ahmad menjadi tular pada tahun 2012 yang lalu. Hal ini bagaimanapun telah diselesaikan dengan baik.

Rujukan :

kematian Emma Morano - CNN

Penjelasan JPN - SinarHarian

Ulam rahsia kesihatan - TheStar

Puan binti Ahmad - Bernama


tags : , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)