Kredit foto: Instagram Dahlia Shazwan

Hos dan model iklan Trivago, Dahlia Shazwan buat pertama kali menayangkan wajah anak sulung beliau menerusi akaun peribadi Instagramnya.

Entri di laman sosial itu antara lain memperkenalkan nama anaknya yang berjantina perempuan itu.

Menurut Dahlia, foto yang dimuatnaik merupakan rakaman momen ketika beliau pertama kali menyambut kelahiran bayi berkenaan, sebulan yang lalu.

buat pertama kali gadis trivago dahlia shazwan tayang wajah anak 2

Kredit foto: Instagram Dahlia Shazwan

"Throwback ketika saya melahirkan bayi kami betul-betul sebulan yang lalu. Memperkenalkan kepada anda semua, ini Freda," tulis Dahlia di kapsyen.

Menerusi ruangan komen, para peminat mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada pemilik nama sebenar Dahlia Shazwan Mohd Amin yang sudah 'rasmi' bergelar ibu ini.

Rata-rata menganggap wajah Freda kelihatan comel, malah ada yang menggelarkannya dengan nama timangan ‘Baby Trivago’!

Bayi personaliti televisyen itu dilahirkan pada 22 Februari lalu di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur dengan berat kelahiran, 2.7 kilogram.

Terlebih dahulu, Dahlia mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.




Hakcipta iluminasi.com (2017)