Oleh pada 23 Mar 2017 kategori

Pernah tak anda terfikirkan tentang wujudnya buah-buahan yang pelik yang ada di serata dunia ni yang pelik dari segi saiz, bentuk, rasa atau warna? Untuk artikel kali ini, saya nak kongsikan kepada anda tentang beberapa buah yang pelik dan menarik yang mungkin anda semua tak pernah tengok lagi. jom.

1. Buah tangan buddha

Buah kuning ini diberi nama buah tangan Buddha kerana buahnya terbahagi ke dalam seperti jari tangan manusia. Buah ini ditemui di Asia. Buah Tangan Buddha ini memiliki kulit tebal dan hanya mempunyai sedikit isi. Buah ini digunakan di Jepun dan China sebagai aromaterapi di bilik tidur kerana buah ini memiliki bau seperti bau buah yang kuat. Dalam masakan Barat, buah ini dianggap sangat berharga.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kiwano

2. Kiwano melon bertanduk

Buah ini memiliki banyak nama seperti kiwano, melon bertanduk, timun bertanduk, labu lindung, melon jelly. Buah ini merupakan salah satu dari buah asli dari Afrika, tetapi ia juga tumbuh di California, Chille, Australia dan Selandia Baru. Di California, buah ini dikenali sebagai buah Blowfish. Walaupun buah ini dapat dimakan, buah kiwano ini lebih banyak digunakan sebagai makanan dekorasi.

yangmei

3. Yangmei

Yangmei adalah tanaman asli dari Asia Tenggara, terutama China. Pohon ini banyak digunakan sebagai ornamen di taman dan kebun-kebun buahan. Buah ini memiliki warna merah terang dan rasa masam manis. Di tengah-tengahnya terdapat benih/biji, dengan diameter setengah dari buahnya.

mexican breadfruit

4. The monstereo

The monstereo, windowleaf, Mexican breadfruit, Swiss cheese plant, ceriman, fruit salad plant, monster fruit, atau apapun nama bagi buah pelik ini adalah lebih dikenali sebagai deliciosa monstera. Buah yang berasal dari jenis anggur ini merupakan tanaman asli dari Mexico dan Panama. Tinggi pokoknya dapat mencapai sehingga 20 meter. Buah ini secara puratanya berukuran 25 cm, dan kelihatan seperti telinga hijau. Buah ini digunakan untuk mengubati penyakit arthritis atau gigitan ular.

ackee

5. Ackee

Ini adalah buah kebangsaan negara Jamaica, negara Usain Bolt. Nama buah ini adalah ackee. Dikatakan asal buah ini adalah daripada Afrika Barat dan telah dibawa ke Jamaica menggunakan kapal yang dipenuhi hamba daripada Afrika. Buah ini telah menjadi buah kegemaran di Jamaica. Untuk makan buah ini, anda perlu buang biji berwarna hitam dan mengambil bahagian kuning seakan-akan bawang putih itu dan harus berhati-hati kerana bahagian berwarna merah itu mempunyai toksik.

tamarillo

6. Tamarillo

Buah yang dinamakan tamarillo ini adalah saudara rapat kepada buah tomato yang selalu digunakan di dalam masakan di Malaysia. Buah ini tumbuh banyak di Ecuador, Peru dan Colombia dan rasanya seakan-akan buah Passion Fruit. Masyarakat di sana juga membuat jus daripada buah ini dan ada segelintir masyarakat di Bolivia menggunakannya untuk memasak terutama untuk dibuat sos. Dalam industri makanan, buah ini digunakan sebagai bahan pengawet kerana buah ini kaya dengan pectin.

Ada banyak lagi buah yang pelik-pelik di dunia ini. Buah-buahan yang saya kongsikan ini dianggap pelik di dalam masyarakat Malaysia namun bagi orang Barat, mereka beranggapan buah salak, belimbing atau buah nona adalah buah yang pelik kepada mereka. Perkara ini terpulang kepada pengalaman masing-masing. Anda pula bagaimana?




Hakcipta iluminasi.com (2017)