Pada hari ini, dianggarkan sekitar 820 juta orang manusia sedang mengalami kebuluran. Bahkan, satu pertiga daripada populasi dunia mengalami masalah kekurangan zat makanan. Masalah ini merupakan perkara biasa di benua Afrika.

Pada masa yang sama, sebahagian manusia di tempat lain pula membuang makanan mereka ke dalam tong sampah. Makanan yang dibazirkan termasuklah sisa makanan dan bahan mentah yang tamat tempoh.

Berikut adalah 10 negara yang paling banyak membazir makanan. 

10. Norway

BESARKAN TEKS     A-  A+

Norway terkenal sebagai salah sebuah negara paling selamat untuk didiami. Sistem penjagaan kesihatan negara itu juga adalah antara yang terbaik. Namun, negara itu mempunyai masalah pembaziran makanan.

Kebanyakan makanan di Norway adalah diimport dari luar dan hanya tiga peratus sahaja tanah di negara itu digunakan untuk pertanian. Norway dianggarkan membuang sisa makanan sebanyak 335,000 tan metrik makanan setiap tahun. (sumber)

9. Finland

Tidak seperti negara-negara jirannya yang mengimport makanan dari luar, Finland merupakan hab pengeluar makanan di Skandinavia. Malangnya, mereka juga antara negara tertinggi membazirkan makanan.

Restoran, hotel dan kafe merupakan penyumbang terbesar dalam pembaziran makanan seperti roti, buah-buahan, kentang dan produk tenusu. Secara purata, seorang penduduk Finland membazirkan kira-kira 550kg makanan setahun.

8. Malaysia

sayur terbuang

Credit : Utusan

Ketika kadar kemiskinan di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun, kadar pembaziran makanan di negara kita berada pada tahap membimbangkan. Penduduk kawasan bandar adalah yang paling tinggi membazirkan makanan.

Sebagai negara yang mempunyai banyak hasil pertanian, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah penyumbang terbesar kepada sisa makanan di Malaysia.

Menurut SWCorp, dianggarkan kira-kira 24 peratus (bersamaan 4,005 tan makanan yang masih elok) terbuang begitu sahaja. Makanan yang dibazirkan ini sepatutnya boleh diagihkan kepada hampir 3 juta rakyat yang memerlukan untuk tiga kali makan bagi tempoh sehari. (sumber)

7. United Kingdom

sisa makanan 211

Sama seperti Malaysia, secara puratanya seorang penduduk UK membazirkan kira-kira 560kg makanan dalam setahun. Hampir 80 peratus pembaziran makanan dihasilkan oleh kediaman persendirian.

United Kingdom yang merupakan salah sebuah negara termaju dunia ini mengimport hampir 40 peratus makanan dari luar negara. Harga bahan mentah yang murah di negara ini juga menjadi penyumbang kepada pembaziran makanan.

6. Netherlands

Negara yang mempunyai sistem pertanian paling canggih di dunia ini juga mempunyai masalah dalam pembaziran makanan. Secara purata, seorang rakyat Netherlands membazirkan makanan sebanyak 610kg setiap tahun.

Dianggarkan sebanyak 42 peratus daripada sisa makanan di negara ini datang daripada pengguna manakala selebihnya adalah daripada sektor peruncit atau industri makanan.

5. Canada

buah terbuang

Canada merupakan salah satu negara maju di dunia yang mempunyai masalah pembaziran makanan. Secara purata, seorang penduduk Canada membazirkan sebanyak 640kg makanan di mana 1/8 daripadanya datang daripada dapur rumah.

Sebahagian besar pembaziran disumbangkan oleh hotel, restoran dan perniagaan runcit. Toronto adalah bandar paling tinggi membuang sisa makanan di Canada. (sumber)

4. Denmark

Satu lagi negara Skandinavia dalam senarai ini. Pada tahun 2019, Denmark dinobatkan sebagai negara terbaik untuk didiami. Sistem kesihatan, pengangkutan dan taraf hidup di Denmark adalah antara yang terbaik.

Sama seperti Norway, kebanyakan makanan di Denmark diimport dari luar. Hanya dua peratus sahaja tanah di negara ini digunakan untuk penghasilan makanan. Makanan segar yang diimport tidak bertahan lama menyebabkan berlakunya banyak pembaziran.

Pihak kerajaan Denmark berusaha meningkatkan kesedaran rakyat tetapi hasilnya begitu sedikit. Secara purata, setiap rakyat negara itu membazir sebanyak 660kg makanan dalam setahun.

3. Australia

makanan dalam tong sampah 723

Dianggarkan secara puratanya seorang penduduk Australia membazirkan makanan sebanyak 690 kg setahun. Golongan muda yang gemar membuang lebihan makanan dan menyimpan makanan sehingga tamat tempoh menyumbang kepada masalah ini.

Tambahan pula, penjual dan pembeli di Australia memilih kualiti makanan dan bahan mentah terbaik menyebabkan banyak barangan import di-reject sebelum memasuki pasaraya. (sumber)

2. Singapura

Sebagai negara yang mengimport 90 peratus makanannya, Singapura membazirkan kira-kira 774,000 tan makanan setiap tahun. Nasi, mee dan roti adalah makanan yang paling banyak terbuang.

Secara puratanya, seorang penduduk Singapura membazirkan sebanyak 730kg setahun. Pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan negara itu bagi memberi kesedaran kepada rakyatnya agar lebih berhemah dalam pengurusan makanan. (sumber)

1. Amerika Syarikat

pembaziran makanan

Sama seperti Australia, pembeli dan penjual di negara ini hanya mahukan makanan dan bahan mentah yang terbaik sahaja. Hanya 50 peratus hasil tanaman di Amerika yang berjaya memasuki rak pasaraya. Jika tidak habis terjual, ia juga akan dibuang.

Saiz hidangan yang besar di negara itu juga merupakan salah satu penyumbang kepada pembaziran makanan. Secara purata, seorang penduduk Amerika membazirkan sebanyak 760kg makanan setahun. Jumlah pembaziran makanan di negara itu dianggarkan bernilai RM 211 bilion setahun. (Sumber)




Hakcipta iluminasi.com (2017)