Biodata

Nama penuh: Muhammad Raziq Rosli  

Nama pentas: Zynakal

Umur: 20 tahun (2018)

Syarikat rakaman: Virtuosity Production

Media sosial: Instagram @zynakal

Fakta Menarik

1. Sebelum bergelar penyanyi rakaman, Zynakal selesa bekerja di belakang tabir dan pernah mencipta beberapa lagu popular seperti Sabar (Ismail Izzani), Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli) dan Terasa Cinta (Fara Hazel dan Aiman Tino).

2. Di laman Instagram, beliau ada memberi bayangan bahawa dirinya dan penyanyi Ismail Izzani mempunyai hubungan adik-beradik berlainan ibu.  

3. Baru sahaja melancarkan single pertama berjudul Terbang pada 19 September lalu.  

4. Acara pelancaran itu menarik perhatian ramai apabila beliau menerbangkan wartawan Malaysia ke lokasi majlis yang berlangsung di Galle Face Hotel, Sri Lanka. 

5. Menariknya, hanya selepas sejam video muzik Terbang dimuatnaik di laman Youtube telahpun mencecah 10,000 tontonan dan sehingga kini mengumpul lebih 330,00 tontonan iaitu dalam 3 hari sahaja!

Foto Terkini

biodata zynakal penyanyi lagu terbang 2

biodata zynakal penyanyi lagu terbang 3

biodata zynakal penyanyi lagu terbang 4

biodata zynakal penyanyi lagu terbang 5

biodata zynakal penyanyi lagu terbang 6

Video Muzik Popular

Lirik Lagu Terbang - Zynakal 

                     

Terbang Terbang

Terbang melayang seorang

Jangan biarku seorang

Kalau suka aku boleh ulang

                                 

Mengkaji sekeliling

Mereka kuat buat bising

Sahutan tak berpaling

Sedangkan yang paling penting

Cuba mentafsir niat yang tersirat

Ini sifir ku buat untuk ku punya peminat kuat

                               

Hari demi hari

Mengkaji dan mencari

Hasil berkualiti dari setiap generasi

Bangun dari mimpi mohon jadi realiti

Demi sesuap nasi dan bawak balik bukti

Angan angan cuma mahu satu senyuman

Tiada lain senyuman yang melahirkan

Ulang tayang kenangan

Hilang bayang kenangkan

Betulkan alasan sebelum buat rumusan

                                 

Niat hati cuma mahu cuba

Jika salah tegurlah

Ku mengalah terima

                     

Tak pernah kah

Kau rasa salah

Apa salahnya?

Itu masalah

Serba salah serah

Tumpah darah merah

Geli jadi gelisah

Benci pun jadi marah

                       

Mengaku salah takpa, sedar!

Taknak mengalah Takpa, sabar!

Yang salah tak nak kalah, biar!

Yang sudah tu sudahlah, dengar!

                 

Kredit:

1. Kosmo

2. Mstar

3. Instagram Zynakal

4. Youtube Virtuosity Production




Hakcipta iluminasi.com (2017)