hh

        

Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, puteri kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, akan mengadakan majlis perkahwinan yang penuh gilang-gemilang bersama pasangannya, FD Idzham FD Iskandar pada 22, 23 dan 25 Ogos 2024.

Majlis perkahwinan diraja ini diadakan selama tiga hari, merangkumi istiadat akad nikah, berinai dan bersanding yang penuh tradisi dan kemegahan.

Bagi memastikan seluruh rakyat Pahang dapat sama-sama meraikan detik bersejarah ini, istiadat tersebut disiarkan secara langsung menerusi skrin besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Tasik KotaSAS. Selain itu, pelbagai acara menarik turut disusun untuk memeriahkan suasana, menjadikan majlis perkahwinan diraja ini sebagai satu kenangan yang bakal dikenang sepanjang zaman.

        

Biodata Tengku Puteri Afzan

Nama penuh: YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Nama terkenal: Tengku Puteri Afzan Aminah

Umur: 24 tahun (2024)

Tarikh lahir: 11 September 2000

Tempat lahir / Asal: Kuantan, Pahang

Keluarga: Anakanda kesembilan daripada 10 orang adik beradik

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains Jurusan Pengurusan Dan Perakaunan daripada University of London, United Kingdom

       

Latar Belakang

1. Tengku Puteri Afzan merupakan anakanda keempat daripada lima puteri kepada Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

2. Kelahiran puteri yang anggun ini pada 11 September 2000 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, disambut dengan penuh kesyukuran, apatah lagi dia dilahirkan kembar bersama Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Panglima Perang Leftenan Pahang.

3. Kedua-dua adik-beradik kembar ini membesar dengan pendidikan yang cemerlang, menyaksikan mereka bersama-sama menggenggam ijazah daripada universiti ternama di United Kingdom, University of London.

4. Adik-beradik Tengku Puteri Afzan yang lain termasuk Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah (anak angkat), Almarhum Tengku Ahmad Iskandar Shah (mangkat), Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Ilyana. Tidak dilupakan, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, adindanya yang rapat dengannya dan sering kali berkongsi minat dan aktiviti bersama.

       

Fakta Menarik

1. Tengku Puteri Afzan bukan sahaja dikenali dengan kecantikan wajahnya, malah juga dengan kebijaksanaannya sehingga digelar sebagai 'beauty with brain'.

2. Keanggunannya sering menjadi perhatian, terutamanya apabila dia tular di media sosial pada tahun 2019 kerana jelingan manja dan tajam yang dirakam sewaktu menghadiri majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bersama adindanya, Tengku Puteri Jihan.

        

tengku afzan wikipedia

       

3. Jelingannya yang dikatakan persis ayahandanya itu telah mencuri hati rakyat Malaysia.

Namun, dengan penuh rendah hati dan humor, Tengku Puteri Afzan menjelaskan dalam satu tweet bahawa jelingannya itu bukanlah sesuatu yang baru, malah tabiat sejak kecil.

       

tengku puteri afzan aminah hafidzatullah 85417

       

4. Dalam satu perkongsian akaun @cheminahsayang, Tunku Azizah mendedahkan bahawa Tengku Puteri Afzan dan dirinya pernah mengalami masalah strabismus atau juling ketika kecil. Tunku Azizah memakai cermin mata dari usia tiga hingga 12 tahun untuk membetulkan julingnya, manakala Tengku Puteri Afzan perlu memakai teropong dari umur tiga hingga 13 tahun. Tunku Azizah turut mengakui bahawa masalah ini diwarisi oleh puterinya daripada dirinya sendiri.

5. Di sebalik keanggunan dan kelembutannya, Tengku Puteri Afzan juga mempunyai sisi yang lasak. Dia gemar mencuba aktiviti-aktiviti mencabar seperti selam skuba, minat yang turut dikongsikan bersama adindanya, Tengku Puteri Jihan.

6. Selain itu, dia juga mewarisi bakat memasak daripada ibundanya.

Namun, abangnya, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, pernah bergurau tentang masakan Tengku Puteri Afzan dalam satu sesi live di Instagram, mengatakan masakan adiknya - "Tak sedap. Hari itu dia try racun saya".

Gurauan ini bagaimanapun dijawab oleh Puteri Afzan dengan kapsyen Twitter yang penuh humor, "Takpe. Dugaan seorang adik", menunjukkan keakraban mereka sebagai adik-beradik.

7. Pada 2020, personaliti media sosial, Azfar Heri pernah menghasilkan video khas untuknya atas permintaan Tengku Puteri Jihan, memandangkan Tengku Puteri Afzan dikatakan amat meminati Azfar Heri, menunjukkan betapa mereka adalah insan yang rendah diri dan menghargai rakyat.

       

Baca: Biodata FD (Fateh) Idzham FD Iskandar, Suami Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah

        

Foto

Pasangan Kembar

tengku afzan kahwin

fd iskandar 32187

siapa fd idzham fd iskandar

tengku afzan aminah

Keluarga

tengku puteri afzan

puteri afzan aminah

tengku puteri afzan aminah hafizatullah

afzan aminah

tengku puteri afzan aminah

Puteri Afzan

puteri afzan 41745

maksud fd 29587

tengku afzan 51474

fd idzham 95475

FD Idzham merupakan anak kepada Fateh Iskandar Mohamed Mansor, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif di Glomac Berhad. Bapanya, yang dikenali sebagai Datuk Seri FD Iskandar, adalah anak kepada Tan Sri Dato' Mohamed Mansor bin Fateh Din. Kredit foto: Instagram Kesultanan Pahang , Instagram Tengku Hassanal Shah , Instagram Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah , Instagram @tpafzanpahang_ , X (Twitter) @tengkuafzan1 , Facebook House Of Pahang , X (Twitter) @enchek_jay

        

Video

Kredit video: 23 OGOS 2024 – SPM - ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA YAM TENGKU PUTERI AFZAN DAN FD IDZHAM

       

Sumber:

1. X (Twitter) @cheminahsayang

2. X (Twitter) @tengkuafzan1

3. Instagram House of Pahang

4. X (Twitter) @ayugrrr

5. “Kena guna patik ke, manalah tahu macam orang zaman dulu” - Pemuda menjerit dapat mesej daripada puteri raja

6. Sopan dan ayu... penyelam otai terkejut 2 puteri raja berani cabar diri diving di Balok! - “Risiko kawasan ini lebih tinggi dari di pulau”

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)