Kredit foto: Instagram PU Syed

    

Siapa PU Syed @ Syed Bakri? Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang juga nama popularnya, Pu Syed (kini dikenali sebagai Syed Bakri) merupakan seorang pendakwah bebas dan usahawan Malaysia.

Beliau merupakan bakat kelahiran program realiti Pencetus Ummah Musim 3 (2015) iaitu sebuah rancangan pencarian pendakwah 'versatile'  daripada kalangan lelaki Muslim dari seluruh negara.

Pencetus Ummah 2015 turut dibarisi PU Amin, PU Ramadan, PU Muhsin, PU Angah, PU Hilmi, PU Taha, PU Adek, PU Zaid, PU Abu, Pu Merico dan PU Alen.

Selaku juara Pencetus Ummah, beliau meraih ganjaran berupa wang tunai bernilai RM100,000.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak.
  • Menggunakan nama komersial, PU Syed - dan kini dikenali sebagai Syed Bakri.
  • Berumur 38 tahun (2020).
  • Kelahiran Kuantan, Pahang.
  • Kediamannya terletak di Ipoh, Perak.
  • Namanya sebagai pendakwah mula dikenali umum selepas penyertaan dalam rancangan realiti Islamik, Pencetus Ummah musim ketiga pada tahun 2015 yang mengangkatnya sebagai juara.
  • Antara lain, Pencetus Ummah 2015 anjuran Astro Oasis itu turut memperkenalkan pendakwah-pendakwah ternama seperti PU Abu dan PU Amin.
  • Mendirikan rumah tangga pada 2006.
  • Sehingga kini laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @syedbakri_alyahya mengumpul lebih 120,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Pernah berkhidmat sebagai guru dalam subjek bahasa Arab.
  • Ketika berentap dalam Pencetus Ummah, beliau cukup dikenali dengan taglinenya yang berbunyi, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut Islam semua bereh boh".
  • Merupakan pengasas Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya' (MATAVBAIDHI).
  • Mengusahakan Produk Rangkaian Teen yang juga diasaskannya.
  • Terkenal dengan keberanian dalam bersuara lantang menegur secara terbuka para selebriti tempatan, antara yang mendapat perhatian beliau seperti pelakon Fasha Sandha, Nur Fazura, Zul Ariffin, Nabila Huda, Zarina Anjoulie dan Janna Nick.
  • Sejak Mei 2020 beliau menukar nama panggilan daripada PU Syed kepada Syed Bakri kerana ingin memudahkan urusan dakwah tanpa dikaitkan dengan apa-apa gelaran.

    

Foto

pu syed dulu

pu syed

syed bakri

syed bakri al yahya

biodata syed bakri

keluarga syed bakri

instagram syed bakri

instagram pu syed

wikipedia pu syed

wikipedia syed bakri 448

siapa syed bakri  

Kredit foto: Instagram PU Syed

   

Video

Kredit video: Pencetus Ummah 2015 - PU Syed (Akhir)

   

Sumber:

1. Tuah guru bahasa Arab

2. Jangan simbah minyak pada api - PU Syed

3. “Rasa Lebih Mudah Untuk...”- Buang Panggilan PU, Syed Bakri Mahu Mula Kehidupan Baru

4. Facebook PU Syed

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)