Biodata

Nama penuh: Norazmahwati binti Abdul Aziz

Nama pentas: Noryn Aziz

Tarikh lahir: 26 November 1976

Umur: 42 tahun (2018)

Tempat lahir: Shah Alam, Selangor

Pendidikan: Pengajian muzik di ITM, Selangor

Pekerjaan: Penyanyi dan penulis lagu

Syarikat rakaman: Maze Entertainment Sdn. Bhd.

Media sosial: Instagram @norynaziz dan Facebook Noryn Aziz

Fakta Menarik

1. Dikenali sebagai penyanyi yang memperjuangkan muzik Jazz dan R&B.

2. Memulakan kariernya dengan menganggotai kumpulan Sister-Sister pada tahun 1996, sebelum bergelar penyanyi solo sejak tahun 1997 menerusi album Fantasi O Realiti, diikuti Alam Maya (2006) dan I’m Alright (2010).

3. Antara lagu popularnya termasuk Cerita Cinta, Fantasi o Realiti dan Lara.

4. Pada November 1998, Noryn mendirikan rumah tangga dengan suami pertamanya, Anuarol Nizam Kechik @ Hamir.

5. Noryn berkahwin buat kali kedua pada 22 Januari 2010 dengan seorang arkitek bernama Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Raja Kamarul Bahrin juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu pada 2018.

6. Perkahwinan mereka beroleh seorang cahaya mata lelaki bernama Raja Bariq Umar Shah, berusia 4 tahun (2018).

7. Sejak tahun 2011, Noryn mula tampil di khalayak dengan penampilan bertudung.

8. Melalui laporan media, suami beliau mengesahkan permohonan penceraian mereka yang difailkan sejak tahun 2017, namun tarikh yang spesifik tidak didedahkan.

9. Pada September 2018, Noryn menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza musim kelima, bersaing dengan 11 lagi penyanyi berpengalaman iaitu Amelina, Safura, Maya, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadila, Zamani Slam, Shafie (Rio), kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Foto Terkini

biodata penuh noryn aziz peserta gegar vaganza 5 2

biodata penuh noryn aziz peserta gegar vaganza 5 3

biodata penuh noryn aziz peserta gegar vaganza 5 4

biodata penuh noryn aziz peserta gegar vaganza 5 5

biodata penuh noryn aziz peserta gegar vaganza 5 6

Kredit:

1. Wikipedia Noryn Aziz

2. Mstar

3. Astro Gempak

4. Utusan Online

5. Instagram Noryn Aziz

6. Instagram Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)