Kredit foto: Xtra, Daie Hijrah - Petanda Kiamat Hampir Tiba

   

Muhammad ‘Asri Hijrah bin Damni atau lebih dikenali sebagai Da'i Hijrah merupakan seorang pendakwah dan penceramah bebas yang mula menempa nama selepas penyertaan dalam program realiti keagamaan, Da'i Pendakwah Milenia musim ketiga (musim 3).

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammad ‘Asri Hijrah bin Damni. Menggunakan nama komersial, Da'i Hijrah.

2. Berumur 29 tahun (2019).

3. Berasal dari Kampung Bintangor, Sarawak.

4. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM).

5. Mula menempa populariti selepas terpilih sebagai salah seorang finalis program realiti, Da'i Pendakwah Milenia musim ketiga (musim 3) yang bersiaran di TV3 pada tahun 2015.

6. Kini bergiat aktif sebagai pendakwah, mutawwif, pakar motivasi dan pelakon.

7. Laman sosial Instagramnya atas nama @daihijrah sehingga kini sudah mencatatkan lebih 49,000 pengikut.

   

Info Da'i Pendakwah Milenia Musim Ketiga

Merupakan program bercorak keagamaan yang menampilkan 10 pendakwah muda dalam perjuangan menempatkan diri sebagai pendakwah milenia.

Episod pertama rancangan berkonsepkan pertandingan itu ke udara pada 16 Ogos 2015 dengan memaparkan situasi ketika sesi ujibakat berlangsung di lapan buah negeri sebelum hanya 10 anak muda tersenarai sebagai finalis.

Diikuti episod kedua pada 23 Ogos iaitu pentas Da'i yang bersiaran secara langsung dengan penglibatan lima orang peserta.

Musim ketiga ini membawa kelainan apabila para peserta diletakkan dalam dua kumpulan yang terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan. Setiap satu kumpulan menerima tunjuk ajar daripada seorang Murabbi (mentor) yang dilantik iaitu Ustaz Elyas Ismail untuk kumpulan lelaki (Ar-Rijaal) dan Dr Rubiah K. Hamzah untuk kumpulan perempuan (An-Nisaa').

Senarai peserta lelaki ialah Da'i Fuad, Da'i Luqman, Da'i Hilman, Da'i Hijrah dan Da'i Ariffin, manakala lima peserta wanita adalah Da'i Hamidah, Da'i Hidayu, Da'i Izzlyn, Da'i Syuhada dan Da'i Syailah.

Pendakwa bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias memegang peranan sebagai Mursyid (ketua mentor) dalam rancangan yang dikendalikan oleh Datuk Rosyam Nor selaku hos, dengan bantuan Zainal Ariffin Ismail sebagai pengacara bersama.

Peringkat akhir musim tersebut menyaksikan Da'i Hamidah diangkat sebagai juara menerusi episod kemuncak yang disaksikan hampir empat juta penonton.

   

Foto Da'i Hijrah

dai hijrah

dai hijrah curang

isteri dai hijrah

dai asri hijrah

Kredit foto: Xtra, Da’i | Pendakwah Milenia | Musim Ke-3 | Da’i Hijrah | Minggu ke-2, Umrah Bersama Dai' Hijrah (Finalis Dai' TV3), Daie Hijrah - Petanda Kiamat Hampir Tiba

   

Video

Kredit video: Da’i | Pendakwah Milenia | Musim Ke-3 | Da’i Hijrah | Minggu ke-2

   

Sumber:

1. Da’i | Pendakwah Milenia | Musim Ke-3 | Da’i Hijrah | Minggu ke-2

2. 4 juta tonton final program Da'i di TV3

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)